Tuesday 14 April 2020

Amerika Syarikat Pulangkan AS$300 Juta Daripada Dana 1MDB Kepada Malaysia -PM


Putrajaya, 15 April – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemulangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia.

Menurutnya, kerajaan Amerika telah memulangkan dana berjumlah AS$300 juta  (AS$ 1 = RM 4.33) kepada Malaysia.

“Kerajaan Malaysia ingin mengumumkan bahawa AS$300 juta daripada Dana 1MDB telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

“Jumlah ini merupakan dana diperoleh semula hasil penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS,” katanya.

Tambahnya, Jho Low telah mencapai penyelesaian dengan DOJ pada 30 Oktober 2019 mengenai pelucutan hak yang difailkan jabatan itu ke atas aset dibelinya menggunakan dana 1MDB.


Jumlah itu merangkumi beberapa aset yang telah dilucutkan hak dan dijual termasuk penyitaan aset berkaitan 1MDB. Aset itu telah diserahkan kembali oleh individu tertentu berkait dengan Jho Low.

Pemulangan itu menjadikan jumlah keseluruhan dana 1MDB yang telah dipulangkan sebanyak AS$620 juta, katanya.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara yang terlibat dengan rundingan berkaitan.

Katanya lagi, kerajaan masih berusaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia.

“Kerajaan akan terus bekerjasama dengan AS, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang,” katanya.


Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ValYnH
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3esW8Dl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment