Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Poslaju akan menghantar ubat-ubatan kepada rumah pesakit.
Pesakit yang memerlukan ubat susulan dalam bentuk tablet dan kapsul kini tidak perlu lagi menghadiri fasiliti kesihatan untuk mendapatkan ubat, sebaliknya hanya tunggu ubat-ubatan anda di rumah.
Malah, Kementerian Kesihatan juga akan menampung kos penghantaran ubat kepada anda sehingga 30 Jun ini.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan penghantaran ubat susulan melalui pos.
1. Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan
2. Pesakit akan didaftarkan jika kriteria dipenuhi
3. Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan
4. Bekalan ubat akan dihantar Poslaju ke rumah pesakit di dalam lingkungan kawasan
#DudukRumah dan dapatkan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma! Sebuah inisiatif prihatin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini untuk meringankan beban pesakit sepanjang tempoh PKP ini.#Pos4you #PosPrihatin #UbatMelaluiPos pic.twitter.com/XSFNIB65uZ— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 10, 2020
Sumber: Bernama via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2wHf4Ny
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RB6cjF
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment