Saturday, 18 April 2020

132 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Discaj Hari Ini


Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 135 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 3,102 kes bersamaan dengan 58.5% kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.

Bagi kes baharu pula sebanyak 54 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,305 kes.

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 49 orang dan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.


Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah sebanyak 2 kes.

Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 88 kes.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!


Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XN1vab
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VGjcpc
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment