Tuesday 22 August 2017

[Video Penuh] Team KJ Belasah Brunei Dalam Aksi Pembukaan Acara Sukan Polo

Foto: Team Malaysia

Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan Brunei amnya sudah berakhir sebentar tadi, yang mana perlawanan acara ekuestrian polo pasukan KJ menentang pasukan Putera Mateen telah berlangsung.

Menerusi dari laman Team Malaysia, yang mana dikongsikan mengenai kemenangan Malaysia ke atas Brunei, dengan mata 12 berbalas 4.

Perlawanan itu disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tulis Utusan.

Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; kerabat-kerabat diraja dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Perlawanan tersebut menjadi tumpuan ramai yang mula membanjiri sejak pukul 1.30 petang.



 

 

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vZEC3H
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ilrBOy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment