Monday 21 August 2017

(VIDEO) Ini Sebab Kenapa Pengadil Batalkan 4 Servis Yang Diambil Tekong Pasukan Sepak Takraw Wanita Indonesia


Isu pasukan sepak takraw wanita Indonesia memboikot perlawanan semalam dilihat agak panas apabila ada antara mereka menuduh pasukan Malaysia 'membeli' pengadil daripada Singapura berkenaan.

Ini terjadi selepas Indonesia menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Radhi Che Mei, membatalkan empat servis dilakukan tekong mereka di dalam Sukan SEA yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Berdasarkan ulang siar video ternyata menunjukkan kaki tekong berkenaan diangkat terlebih dahulu dari lantai ketika servis dilakukan.


Kerana keputusan boikot itu, pasukan sepak takraw negara diberi kemenangan percuma apabila regu Indonesia enggan meneruskan permainan set kedua di acara antara regu sepak takraw wanita di Sukan SEA.

Dalam perlawanan yang berlansung pagi tadi, Thailand mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dua tahun lalu apabila menewaskan malaysia yang memenangi pingat perak.

Sementara itu, Indonesia terpaksa akur dengan pingat gangsa berkongsi dengan Filipina.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uXsPFQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wgRdlz
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment