Wednesday 23 August 2017

(Video) Aksi Jurugambar Kejar Khairul Hafiz Cuit Hati Netizen


Aksi seorang jurugambar sebuah agensi berita mengejar Khairul Hafiz Jantan meraikan kejayaan selepas mengesahkan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara nyata mencuit hati penonton dan netizen.

Menurut jurugambar berkenaan, Ahmad Iskandar Kamaruzaman dari Bernama, dia terpaksa lari ‘lebih laju’ dari atlet pecut negara untuk mendapatkan momen terbaik ketika acara 100 Meter lelaki akhir pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil, semalam.


“Saya bersama jurufoto agensi lain bertungkus lumus mengejar beliau. Ibarat kata, dari tak boleh berlari laju disebabkan faktor fizikal terus kami jadi macam pelari profesional

“Masa tu saya tak fikir dah barang jatuh ke, handphone jatuh ke, sebab saya cuma fikir saya tak boleh terlepas setiap momen yang Khairul Hafiz buat. Dari berlari, melompat, sujud semua saya cuba pastikan saya tak akan tertinggal. Sebab ini merupakan tanggungjawab yang diberi untuk saya,” katanya.





Malam tadi Khairul Hafiz Jantan dinobat sebagai raja pecut Sukan SEA Ke-29 apabila menamatkan saingan akhir 100 meter di tempat pertama.

Beliau meraih pingat emas dengan catatan 10.38 saat.

Ini juga pingat emas pertama negara dalam acara riben biru selepas 14 tahun dengan kali terakhir dimenangi pada 2003 oleh Nazmizan Mohammad dengan catatan masa 10.47 saat.







from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wECm4b
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vYeuYq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment