Tuesday 22 August 2017

Staf Mabuk Tutup Oksigen, 3 Kanak-Kanak Meninggal Dunia


Raipur, India: Sekurang-kurangnya tiga orang kanak-kanak maut dipercayai akibat kekurangan bekalan oksigen di sebuah hospital di Raipur, ibu negeri bagi Chhattisgarh di India.

Menurut India Today, alat bantuan pernafasan yang dipakai oleh tiga kanak-kanak tersebut mengalami penurunan kadar oksigen apabila pengendali bekalan oksigen yang bertugas menutup punca utama gas tersebut.

Akhbar tempatan melaporkan, pada hari kejadian, pengendali bekalan oksigen, Ravi Chandran ditangkap ketika berada dalam keadaan mabuk dan sedang tidur.

Ravi yang berada dalam keadaan yang amat mabuk pada ketika dikatakan itu telah mematikan bekalan oksigen kepada pesakit.

Ketua Menteri Chhattisgarh, Raman Singh telah mengarahkan siasatan untuk menyiasat punca kematian tiga orang kanak-kanak tersebut.

Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas lebih 70 orang kanak-kanak maut di hospital awam di Gorakhpur selepas bekalan oksigen mereka dimatikan.

Sumber: https://www.menara.my


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wCkyqq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2v3ZhWR
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment