Tuesday 22 August 2017

Lelaki Ditahan Polis Kerana Cabul Anak Saudara Di Tempat Awam..


CHONGQING - CHINA. Seorang lelaki ditahan selepas mencabul anak saudaranya di tempat awam selepas foto perlakuannya itu tular di media sosial di China lapor Sinar Harian.

Foto yang dilaporkan diambil di hospital Chongqing pada Isnin pagi menunjukkan lelaki itu meletakkan tanganya di dalam seluar kanak-kanak itu yang duduk di ribanya.

Menurut saksi yang memuat naik foto terbabit di dalam talian, selepas kanak-kanak itu melakukan pemeriksaan, dia duduk di riba lelaki itu dengan tangan dilihat diletakkan dalam seluar mangsa.

Kanak-kanak itu tidak menunjukan sebarang reaksi ke atas perlakuan lelaki itu dan terus bermain dengan telefon bimbitnya.

Foto itu pantas tular di online dan membawa kepada siasatan pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan dari polis Chongqing dipetik Shanghaiist, suspek telah ditahan dan mengaku melakukan perbuatan itu.

Polis berkata, suspak adalah bapa saudara kepada kanak-kanak itu iaitu suami kepada adik perempuan ayah mangsa.

Foto berkenaan tular selepas seorang remaja turut dirakam mencabul adiknya dikhalayak ramai ketika di kawasan menunggu stesen kereta api Nanjing.

Remaja berkenaan turut ditahan dan polis sedang menjalankan siasatan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vlwl85
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wv13kl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment