Tuesday, 1 August 2017

Kereta Axia Dipandu Jururawat Terbabas Bukan Kerana Stereng Lock Tetapi Elak Kucing Melintas..




Sejak beberapa hari lalu tular di laman sosial beberapa keping gambar yang mendakwa sebuah kereta yang dipandu oleh seorang jururawat terbabas ke halaman rumah penduduk di Felda Semanchu selepas stereng kereta jenis Produa Axia dipandunya telah terkunci sendiri.

Memetik laporan Harian Metro, dakwaan yang mengatakan kereta dipandu Jururawat Ahad lalu itu terbabas kerana stereng terkunci adalah tidak benar.

Ketika kejadian, Saidatul Atikah Shabandi, 24, yang memandu kereta Axia itu dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Semenchu dari FELCRA Sungai Layau dan hilang kawalan selepas mengelak dari melanggar seekor kucing yang melintas.


Ketua Polis Daerah Kota Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang yang menimpa jururawat berkenaan tidak ada kaitan dengan kegagalan stereng kenderaan dipandunya.

"Hasil laporan polis dan siasatan yang dijalankan polis mendapati pemandu mengelak daripada melanggar seekor kucing yang melintas dari kiri jalan.

“Kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke kanan jalan dan menjunam beberapa meter di pekarangan sebuah rumah penduduk,” katanya.

Salinan laporan polis

Sumber:  Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uQB1G0
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hjFpbN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment