Tuesday, 1 August 2017

"Jangan Main-Main Dengan Naluri Seorang Isteri", Dia Boleh Tahu Jika Suami Curang!


Semalam tengok video Bella Astilah confess pasal kes dengan suami dia tu. Tak berminat nak hurai pasal rumahtangga mereka, cuma terfikir beberapa perkara.

Wartawan tanya macam mana Bella yang masih dalam keadaan berpantang 20 hari boleh tahu suami dia ada dengan perempuan lain dekat pusat karaoke tersebut, lebih spesifik lagi di bilik nombor 333 VIP room.

Simple je Bella jawab.

"Naluri saya sebagai seorang isteri, saya memang rasa tak sedap hati waktu tu. Saya suruh ayah saya jagakan baby dan saya pergi ke pusat karaoke tersebut dengan mama saya. Memang betul firasat saya mereka berdua ada disitu."

Hmm. Dasyat. So, apa maknanya ya?

Maknanya jangan main-main dengan naluri seorang isteri ni. Dulu saya ada handle satu case seorang client saya yg failkan cerai fasakh. Saya tanya dia macam mana dia tahu suami dia main kayu tiga. Jawapan yang sama.

Naluri seorang isteri.

Naluri seorang isteri ni cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu. Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba.

Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya , dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebat kuasa Allah.

Tapi kadang2 isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan ni suka sangat ganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu, takut isteri akan jatuh derhaka . Mohonlah petunjuk dengan berdoa.

2 . Lepas tu baca pulak komen netizen Malaysia ni yang duk risau sangat kalau suami mereka digoda dan dirembat oleh wanita spesies 'istimewa' ni. Sebenarnya kan, kalau boleh jangan fikir lansung benda2 tak best macam ni. Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang. Sebabnya, saya ada terbaca, Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut. Sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah. Mohon la pada Allah melalui doa . Allah takkan sia-siakan doa hambanya.

Cubalah kita fikir, seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah. Kalau la Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit, takkan la Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan.

So, doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga. Nak takut apa lagi kalau Allah yg jaga? Lagipun Allah dah cakap"Aku akan bertindak mengikut sangkaan hambaku."

Kalau asyik fikir Allah akan buat suami kita curang, mungkin agaknya itulah yg kita akan dapat nanti. Jadi, fikir dan sangka yg baik2 saja. All is well.

3. Dalam video tu jugak Bella ada cakap yg suami dia mohon maaf lepas kejadian tu. Dan Bella maafkan dan taknak berpisah dengan suaminya. Hmm. Orang perempuan ni memang macam ni la kan. Baik sangat.

Cakap pasal baik ni, Ustaz Azhar Idrus ada cakap. Lelaki ni secara jujurnya lebih suka isteri yang baik berbanding isteri yg cantik. Sebab, kebahagiaan rumahtangga tu bukannya bila hari2 dapat tengok isteri cantik. Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Lagi ustaz cakap, cuba pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yg cantik-cantik.

Maknanya apa?

Maknanya cantik ni bukanlah kunci utama kebahagiaan rumahtangga. Bukanlah kecantikan tidak penting lansung. Tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia. Berapa ramai yg cantik tapi menderita dalam rumahtangga.

Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan. Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya, hormat dirinya dan lembut tutur katanya.
Oleh itu jadilah isteri yang baik. Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah2 dia akan mati meninggalkan kita esok hari.

4. Macam mana pula kalau kita dah doa dan dah jadi isteri terbaik untuk pasangan, tapi in the end suami tetap curang?

Redha.

Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan, jangan mengharapkan balasan dari dia. Sebab dia pun manusia, tak pernah sempurna. Dan kalau suami curang jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya. Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita.

Ustaz Ebit Lew selalu cakap, kalau Allah datangkan ujian, sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pulak tanya, apa kebaikannya? Tak nampak pun?

Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja. Kita lupa ada alam akhirat sana. Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti. Mungkin dengan asbab kesabaran kita, Allah tulis nama kita dalam senarai ahli2 Syurga. Siapa tahu?

5. Lelaki yg curang bukanlah lelaki yg baik. Dah tu, kenapa nak simpan lagi barang tak elok? Buat sakit dada. Semak. Kita let go sajalah. Move on lah.

Masa ni singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia. Sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati.

6. Kalau tak nak rasa sakit sangat, selalu lah set mind yg suami kita tu bukanlah hak milik kekal kita. Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yg sementara. Untuk berapa lama? Hanya Allah yang tahu.

Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi, Allah akan ambik balik pasangan kita. Atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan.

Sakit tu memang lah sakit, tapi Allah dah aturkan semuanya. Siapa kita untuk menolak? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.

7. Untuk yg pernah dikecewakan, bersangka baiklah. Tapi jangan sesekali melupakan kebaikan pasangan. Janganlah disebabkan satu keburukan, kita lupa pasangan kita pernah bersusah payah untuk melengkapkan keinginan kita yg tak pernah cukup.

Selalu ingat bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu kejadian dengan sia-sia. Pasti ada pesanan yang ingin dikirim Allah kepada kita.

Bentang sejadah, solat taubat dua rakaat dan janganlah sombong untuk mengangkat tangan mohon ampun untuk dosa yg kita lakukan di dalam perkahwinan kita.

Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah. Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung.

Mungkin sebab itu Allah menguji kita.

Last but not least, contohi Dato Vida tu. Dah cerai 3 kali pun masih happy go lucky ketawa berdekah-dekah.

Siap boleh compose lagu I am fun I am pretty lagi 😂

Lolz .

Okey , penat dah tulis .

Terima kasih kerana membaca ❤️

Sumber: Nurul Jannah


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vevr1m
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2f4lopb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment