Cara Tajamkan Gunting Yang Telah Tumpul. Lama-kelamaan, mata pisau pada gunting yang digunakan terus-menerus akan semakin keurang ketajamannya dibanding waktu pertama kali kita membelinya, hingga akhirnya menjadi tumpul.
Jika anda sukar memotong sesuatu dengan gunting yang tumpul, anda mungkin ingin membeli yang baru kerana harga gunting biasanya tidak terlalu mahal. Namun, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengasah gunting di rumah menggunakan beberapa peralatan rumah yang biasa ada kita simpan di dapur, serta sedikit latihan tangan!
Untuk tajamkan gunting yang telah tumpul bukanlah sesuatu yang sukar. Hanya perlukan satu atau dua jenis bahan yang mudah didapati sahaja.
Gunting yang kerap digunakan pasti akan menjadi tumpul. Lebih-lebih lagi bila kita sering menggunakan gunting itu untuk memotong plastik, pita pelekat dan benda-benda yang keras. Gunting yang tumpul tentunya akan merumitkan dan melambatkan kerja-kerja pemotongan.
Jika gunting yang anda gunakan tumpul, jangan buang. Tidak perlu bazir duit untuk beli gunting baru. Ada satu tips mudah yang boleh anda lakukan setiap kali anda rasakan seperti gunting telah tumpul.
Cara Tajamkan Gunting Yang Telah Tumpul
Anda hanya perlukan kertas pasir atau kertas aluminium. Kemudian dengan menggunakan gunting yang tumpul, potong kertas pasir atau kertas aluminum itu berulang-ulang kali. Sambil menonton tv pun boleh potong kertas pasir atau aluminium tersebut.
Selepas menggunting berkali-kali, anda akan dapati gunting anda telah kembali tajam. Tak percaya? Anda kenalah cuba sendiri.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2f5m4ub
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ughUl2
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment