Monday, 11 May 2020

Kerajaan Pertimbang Larangan Bawa Kanak-kanak Ke Pusat Beli-belah - Ismail Sabri


PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin akan mewartakan larangan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membawa anak-anak mereka ke pusat membeli-belah atau pasaraya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu akan dibuat sekiranya masih ada individu yang tidak prihatin terhadap tahap kesihatan kanak-kanak.

“Keselamatan anak kita adalah tanggungjawab kita, kita kena tanya diri kita adakah anak kita akan selamat jika berada dalam kumpulan manusia yang ramai di dalam kawasan tertutup seperti pasar raya sebagainya.

“Setakat ini tidak ada (larangan bawa kanak-kanak). Namun, jika ini berterusan, kerajaan boleh masukkan dalam peraturan di bawah Akta 342 untuk menjadikan membawa anak-anak ke tempat khalayak ramai seperti pasar raya dan sebagainya sebagai perkara terlarang di dalam senarai negatif yang ada pada ketika ini,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.


Mengulas berkenaan pematuhan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ismail Sabri berkata rakyat Malaysia dinasihati untuk terus mematuhinya dengan meningkatkan kawalan kendiri.

“Pematuhan orang ramai adalah agak tinggi. Jadi saya kira walaupun tidak ada peraturan yang begitu ketat seperti yang pernah kita lakukan dalam PKP 1, 2 dan 3, tetapi orang ramai mulai sedar tentang peranan masing-masing.

“Ia termasuk untuk menjaga kepentingan diri masing-masing, kawalan kendiri telah mula dilaksanakan rakyat.

“Saya bagi pihak kerajaan ucap setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada rakyat kerana mampu untuk disiplinkan diri bagi menjaga keselamatn diri,” katanya.

Sehingga kini, Kerajaan mendapati garis panduan yang dilaksanakan bagi PKPB yang bermula 4 Mei lalu ditahap memuaskan iaitu sekitar 95 peratus.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2LhUZB1
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35PXiES
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment