Monday, 11 May 2020

“Biar Gagap & Merangkak, Kesusahan Untuk Belajar Al-Quran Besar Pahala”


Semalam merupakan hari penting untuk umat Islam di mana jatuhnya hari Nuzul A-Quran. Menerusi perkongsian di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Amin sempat berkongsikan kelebihan membaca Al-Quran yang memberi manfaat kepada semua.

PU Amin berkata, sesiapa yang boleh membaca Al-Quran adalah satu anugerah yang bersar bagi mereka. Malah, PU Amin turut memberi pesanan kepada mereka yang baru belajar agar tidak rasa malu meskipun masih gagap dan merangkak untuk mengenal huruf.

“Siapa yang boleh baca Al-Quran itu satu nikmat dan anugerah yang cukup besar. Bacalah selalu jangan tinggal walau sehari. Pada yang baru nak belajar, teruskan belajar jangan malu walaupun baru nak kenal huruf.

“Biar gagap, biar merangkak-rangkak untuk belajar, kerana kesusahan untuk belajar Al-Quran juga ada pahala yang besar. Kita usaha untuk betulkan bacaan, tak kira siapa pun kita, kita ummat islam wajib belajar Al Quran,” kongsinya.


Kata PU Amin lagi, akan binasa diri kia jika hanya banyak belajar tentang urusan dunia tetapi tiada masa untuk belajar tentang Al-Quran. PU Amin turut meluahkan rasa syukur apabila ramai yang sudah sedar dan mula belajar A-Quran.

“Alhamdulillah, sekarang ramai yang sedar dan dah mula nak belajar Al-Quran. Ada live mengaji, ada rancangan tv tentang mengaji Al-Quran. Suasana Ramadhan menghangatkan lagi semangat kita untuk mula belajar dan kerap baca Al Quran.

“Biar susah di dunia, jangan susah nak menjawab depan Allah nanti. Inshaallah pelan pelan, pasti Allah mudahkan urusan untuk belajar Al-Quran. Nabi sebut sebaik baik manusia adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya,” tulisnya.


Dalam pada itu, PU Amin turut berdoa semoga kita semua tergolong dikalangan manusia yang terbaik di sisi Allah dan semoga Allah memasukkan kita ke dalam syurga-Nya dengan syafaat Al-Quran.

Sumber: rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cyYHCt
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LhBSXV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment