Monday, 11 May 2020

Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam


Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Aidilfitri tahun 2020 bagi penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan juga pesara.

Kadar bayaran Bantuan Khas Aidilfitri yang akan diterima oleh penjawat awam adalah sebanyak RM500 dan RM250 bagi pesara kerajaan yang menerima pencen.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Abd Rahman, berkata bayaran bantuan khas itu akan dibuat kepada semua yang layak menerimanya pada 20 Mei ini.

Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan komitmen anggota kerajaan serta meringankan perbelanjaan serta membantu persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Kongsikan berita baik ini kepada rakan-rakan anda yang bekerja di sektor kerajaan.






Sumber: BernamaTV


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WiLuYC
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Lh0pw3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment