Sunday 4 March 2018

‘Saya Terasa Sunyi Selepas Berpisah’ – Hafiz Hamidun Buka Hati Kepada Yang Sudi


Hafiz Hamidun telah empat bulan selesai kes penceraiannya dan dia turut mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk meneruskan hidup ‘single’. Semestinya mengambil keputusan untuk berpisah adalah sesuatu yang berat.

Namun, dia perlu tabah mengharungi kehidupan walaupun tiada peneman disisi. Ibu dan bapa menjadi tempat luahan kesunyian dan penguat semangat tatkala kesedihan. Baca luahan Hafiz ini.

Hati sunyi


Malah, penyanyi Jodoh Berdua ini terasa sunyi apabila melihat rakan dan adik-beradik yang sudah berkeluarga. Kini, dia banyak meluangkan masa berkualiti bersama ibu dan ayah bagi menghilangkan rasa sunyi dirinya.

Bila saya sunyi dan sebagainya, saya akan hubungi ibu dan bercerita banyak benda. Mengenai kehidupan selepas penceraian, ibu dan ayah banyak memberi semangat kepada saya.

Dia turut mendefinisikan masyarakat memandang mudah terhadap status duda dan janda ini tetapi mereka tidak tahu betapa sunyi kehidupan selepas perpisahan.

Orang luar yang melihat, mungkin nampak seperti semuanya mudah. Tapi, untuk saya yang melaluinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah. katanya kepada Harian Metro

Pemberi semangat


Walau terasa dirinya sibuk dengan kerjaya tetapi dia bijak membahagikan masa bersama ibu dan ayah. Kadang-kadang dia menghubungi ibu untuk melepaskan segala kesunyian dan masalah. Dia turut mengakui ibu dan ayah sebagai sumber keberanian dan kekuatan dirinya ketika ini.

Suri hati baru?


Hafiz sebelum ini pernah berumah tangga dan bercerai dengan bekas isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin pada Oktober 2017. Malah, dia sudi membuka pintu hati buat wanita yang ingin menjadi isterinya tapi wanita tersebut perlu memahami dirinya.

Saya tidak ada masalah untuk menerima cinta baru. Tapi, kalau boleh biarlah wanita itu seorang yang memahami diri saya dan tahu apa yang pernah saya lalui.

Sumber: Ohbulan.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FaXcO0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CYfhZy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment