Thursday, 29 March 2018

Mereka Tak Mampu Belanja Lebih Untuk Kecantikan, Sebab Itu Cemburu - Ifa Raziah


Wah, semakin lama semakin jelita penyanyi irama dangdut Ifa Raziah! Dia kelihatan jelita seperti tidak dimamah usia. 

Baru-baru ini, wajah rakan baik kepada penyanyi Amalina itu juga dikatakan semakin mulus dan menyerupai patung ‘barbie’. Wow, apa rahsia dia agaknya ya? 

Dengan perubahan wajah yang semakin runcing itu, ramai netizen merasai cemburu dan mulai membuat pelbagai tuduhan kepada Ifa termasuklah menuduhnya membuat pembedahan plastik dan menyedut lemak. Namun, penyanyi itu menepis setiap tuduhan yang tidak berasas itu. 


Ifa berkata, dia hanya melakukan rawatan wajah biasa seperti diamalkan wanita lain serta turut bertemu pakar untuk megubati masalah kulit sensitifnya.

"Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Selain itu, selalu juga berjumpa doktor kulit kerana ada masalah kulit sensitif.


Ifa mengenakan tudung setiap hari Jumaat

"Saya tidak kisah orang nak gelar saya 'sailormoon' ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati," ujarnya dipetik daripada mStar Online.


Selain itu, Ifa juga turut menjaga pemakanan dan hanya memilih makanan yang sihat untuk mendapatkan bentuk badan ideal serta kesihatan yang baik. 

"Dulu saya suka berzumba tapi sekarang kekangan masa, jadi kena jaga pemakanan hari-hari. Paling penting kena minum air putih banyak. Saya juga tidak makan daging dan makanan laut kecuali ikan," ujarnya.

Apabila ditanya tentang komen-komen netizen di laman sosial, Ifa berkata, ia adalah lumrah hidup sebagai seorang selebriti. Menurutnya, sebagai manusia biasa dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Saya tidak cantik, gemuk orang kutuk-kutuk, bila sudah cantik dan kurus pun orang tak puas hati sebab nampak runcing dan mulus.

"Pada saya, mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain," ujarnya.

Betullah kata Ifa, kalau ada duit semua jalan saja, kan?

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media https://ift.tt/2J3XGDY
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2E2Q9l9
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment