Wednesday, 28 March 2018

Wajah Cantik Bukan Kerana Sedut Lemak Tapi Hati Ikhlas - Ifa Raziah


PETALING JAYA: Penyanyi Ifa Raziah menepis tuduhan dia melakukan pembedahan plastik atau menggunakan kaedah sedut lemak bagi mendapatkan wajah yang berseri dan runcing.

Ifa berkata, dia hanya melakukan rawatan wajah biasa seperti diamalkan wanita lain, selain bertemu pakar untuk mengatasi masalah kulit sensitif. 

"Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Selain itu, selalu juga berjumpa doktor kulit kerana ada masalah kulit sensitif.

"Saya tidak kisah orang nak gelar saya 'sailormoon' ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati," ujarnya kepada mStar Online.

Ifa berkata demikian ketika diminta mengulas komen netizen terhadap foto-foto terbaharunya yang dikatakan semakin cantik dan berwajah runcing.


Perbezaan wajah Ifa sekarang dan dahulu.

Sementara itu, Ifa berkata, dia turut mengamalkan gaya pemakanan yang sihat bagi mendapatkan bentuk badan yang sesuai serta kesihatan yang baik.

"Dulu saya suka berzumba tapi sekarang kekangan masa, jadi kena jaga pemakanan hari-hari. Paling penting kena minum air putih banyak.

"Saya juga tidak makan daging dan makanan laut kecuali ikan," ujarnya.

Selain itu bercakap tentang komen-komen netizen di laman sosial, Ifa berkata, ia adalah lumrah yang perlu dihadapi sebagai seorang selebriti.

Katanya, sebagai manusia biasa, dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Saya tidak cantik, gemuk orang kutuk-kutuk, bila sudah cantik dan kurus pun orang tak puas hati sebab nampak runcing dan mulus.

"Pada saya mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk bervelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain," ujarnya.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2urizWx
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2E2tFjZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment