Wednesday 21 March 2018

2 Gadis 17 Tahun Ditahan Reman 3 Hari, Buka Seluar Dan Cucuh Punggung OKU Dengan Api


KUALA TERENGGANU – Dua remaja perempuan berumur 17 tahun yang terlibat dalam kes aniaya dan mengaibkan orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai ‘Pok Ya Cong Codei’ yang tular di Facebook semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Permohonan reman dilakukan pihak polis di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Mahkamah Sesyen/Majistret Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Dalam video yang tular semalam, sekumpulan remaja dikatakan mengkhianati Pok Ya Cong Codei dengan mengikat kedua-dua tangannya sambil membuka seluar lelaki itu dan mencucuh punggungnya dengan api.

Rakaman video selama tujuh saat itu turut memaparkan perbuatan yang mengaibkan lelaki lemah mental itu yang dipercayai dilakukan mereka pada pukul 4 pagi di Pantai Batu Buruk, di sini.


Video berkenaan kemudiannya mendapat kecaman daripada netizen dan tidak lama kemudian mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar mengesahkan laporan kejadian itu dan susulan itu pihak polis menangkap dua remaja perempuan terbabit berasal dari Hulu Terengganu yang dipercayai antara yang terlibat dalam perbuatan itu.

Polis turut merampas telefon bimbit milik mereka bagi menyiasat siapa yang merakam video itu dan motif perbuatan khianat itu dilakukan terhadap Pok Ya. – BERNAMA



from Sehinggit Media http://ift.tt/2Gdis5p
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FYWEHo
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment