Wednesday, 28 March 2018

Sukar Hayati Watak, Aiman Tino Makan Penampar Pelakon Veteran Fazlina Datuk Ahmad Daud..


Penyanyi Aiman Tino tidak lama lagi bakal bergelar pelakon! Malah bakatnya juga tidak boleh dinafikan apabila dijemput menjadi artis jemputan bersama Achey menerusi sebuah program realiti.


Aiman Tino Ditampar

Namun begitu, terdapat satu insiden baru-baru ini apabila Aiman telah ditampar oleh seorang pelakon senior yang juga adik kepada Ogy Ahmad Daud, Fazlina.


Kejadian itu tejadi setelah Aiman mengalami kesukaran untuk menjiwai watak marah dan sedih secara serentak. Ketika itu Fazlina yang berada disitu telah membawa Aiman ke satu sudut dan menyuruhnya mengenang kembali perkara yang sedih dalam hidup. Secara tiba-tiba pelakon itu menampar Aiman dan membuatkannya terkejut.

“Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagaimana mahu menjiwai babak itu. Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya. Tindakannya itu membuatkan saya terkejut”

Bantu Jiwai Watak


Namun begitu, menurut Aiman kejadian tersebut terjadi kerana Fazlina ingin membantunya menjiwai watak. Malah sejurus selesai penggambaran babak itu, Fazlina terus memeluknya dan memohon maaf atas kejadian tersebut.

“sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf. Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak. Sampai patah gitar yang dijadikan prop gara-gara menjiwai watak,”

Tidak menafikan bahawa Fazlina adalah seorang pelakon yang hebat! Beruntung Aiman dapat belajar dengan seorang yang cukup pengalaman! Mungkin kita bakal melihat kemunculan pelakon baru yang berbakat tidak lama lagi!

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GfrVKj
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2E1A92G
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment