Thursday, 29 March 2018

Datin Rozita ke Penjara Kajang


SHAH ALAM – Tindakan tidak berpe­rikemanusian seorang suri rumah bergelar Datin yang mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga mang­sa mengalami kecede­raan dua tahun lalu akhir­nya berbalas apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun ke atasnya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd. Majid Tun Hamzah memerintahkan hukuman itu selepas membenarkan permohonan semakan terhadap hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap Rozita Mohamad Ali, 44.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik selama lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke atas tertuduh pada 15 Mac lalu.

Abd. Majid ketika membuat keputusan turut menolak permohonan penggantungan hukuman berikutan tiada alasan istimewa yang memboleh­kan mahkamah berbuat demikian.

“Responden berumur 44 tahun dan dakwaan tekanan perasaan hanya berlaku selepas kejadian selain tiada sebarang keadaan yang memboleh­kan hukuman diringankan. - Kosmo


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Gkz9gl
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GENzqI
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment