BEIJING – Seorang pemandu lori tangki mencuri tumpuan internet apabila melakukan pusingan U berbahaya di atas sebatang jalan yang sempit di tepi gaung di sebuah kawasan di China baru-baru ini.
Insiden itu menunjukkan seorang individu berbaju hitam tampil membantu dengan menjadi juruarah kepada pemandu lori itu dalam melaksanakan pusingan berbahaya itu.
Pemandu lori itu mengemudi kenderaan ke hadapan dan belakang beberapa kali sehingga tayar belakang jentera berat tersebut menyentuh bahagian hujung tebing jalan sebelum tergantung di udara.
Klip berdurasi kira-kira satu minit 44 saat itu sudah dikongsi lebih dua juta kali sejak ia dimuat naik ke Facebook pada Jumaat lalu.
Rata-rata pengguna media sosial memuji keberanian dan kehebatan skil pemanduan pemandu lori itu.
Sumber: Kosmo
from Sehinggit Media https://ift.tt/2GGnvf6
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GDDoCM
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment