PETALING JAYA: Gara-gara satu gambar memeluk aktres Tiz Zaqyah bekas pemain bola sepak Brazil iaitu Roberto Carlos menerima nasib kurang baik apabila diserang netizen.
Tiz yang memuat naik foto berkenaan pada Ahad mengundang kecaman netizen yang menganggap ia sebagai keterlaluan.
Bagaimanapun, pelakon Nur Kasih itu memadam ruangan komen yang membuatkan netizen beralih ke Instagram milik selebriti sukan itu yang menggunakan akaun @oficialrc3.
Menerusi status di Instastory, pelakon berkenaan memuat naik kata-kata tentang tahap dengki netizen yang sanggup menulis komen di Intasgram milik orang lain selepas ruangan komennya ditutup.
"Tak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort," tulisnya.
Komen netizen di instagram Roberto Carlos dan instastory Tiz Zaqyah.
Rata-rata netizen melepaskan kemarahan dan rasa kurang senang di Instagram milik Roberto yang ditulis dalam bahasa Melayu.
Mereka berpendapat, pelakon berkenaan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang selebriti beragama Islam.
Roberto berada di Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu kerana pelantikannya sebagai duta global syarikat penerbangan Air Asia.
Dalam pada itu, foto yang dimuat naik pelakon itu kini menerima lebih 35,000 tanda suka
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ITn671
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2upEsW8
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment