Saturday, 24 March 2018

“Ini Penganiayaan Besar, Saya Tak Tahu Angkara Siapa, Biar Allah Membalasnya” - Izreen Azmin Komen IG Palsu


Pelakon Izreen Azminda, 33, meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) palsu menggunakan namanya.

Menurut Izreen, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengundurkan diri daripada dunia seni seperti yang ditulis dalam akaun palsu tersebut.


"Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada," katanya.

Ulas Izreen lagi, paling mengecewakan apabila periuk nasinya cuba diganggu menerusi status yang menyatakan dia bakal meninggalkan kerjaya seni kerana tidak mahu lagi dihimpit kontroversi sejak memilih untuk hidup bermadu.


"Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.

"Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu," katanya.

Dalam pada itu, Izreen berkata, ketika ini dia memilih untuk menutup akaun laman sosialnya bagi mengelak daripada berterusan dihimpit kontroversi.

"Saya akan aktifkan semula akaun IG itu pada masa yang saya rasakan sesuai nanti. Buat masa ini, saya selesa memilih untuk menutupnya," katanya seperti yang dilapor BH Online.

Terdahulu, terdapat akaun palsu menggunakan nama, @therealizreenazminda sejak 5 Mac lalu.

Isteri kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude terkilan apabila beberapa status mengelirukan dimuat naik menerusi akaun palsu berkenaan.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2I1B8m2
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IOiGOX
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment