Wednesday 21 March 2018

"Samsung? Ewww…" – Riak Guna Iphone, Adik Neelofa Hina Pengguna Android


Mungkin sudah ramai yang mengenali adik kepada selebriti dan usahawan popular, Neelofa iaitu Ameera Khan yang sering mencetuskan kontroversi apabila memberikan pendapat peribadinya melalui laman media sosial. Bukan sahaja sering memuat naik gambar di Instagram, malah dia juga aktif di laman Youtube.

Baru-baru ini, Ameera telah memuat naik sebuah rakaman video ‘Quickfire Q&A With LMK’ yang memerlukan dia untuk memilih antara dua jenama dan perkara yang menjadi pilihan hatinya.


Namun, ketika diminta untuk memilih jenama telefon sama ada Iphone atau Samsung, dia secara spontan telah mengeluarkan perkataan ‘samsung? Ewww’ yang dikatakan seolah-olah memandang rendah terhadap jenama Samsung.


Berikutan kenyataan itu, ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan gadis tersebut kerana mengaitkan sebuah gambar yang dimuat naik beberapa hari sebelum ini yang mempromosikan produk Samsung.


Rata-rata mencadangkan supaya pihak Samsung mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ameera kerana dia tidak sepatutnya berkata demikian oleh jenama produk yang membayar dirinya.

Samsung ada duta produk yang ‘fake’


Buang masa dengan orang macam ni!


Sumber : http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2GPXozE
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GOsGah
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment