Sunday, 25 March 2018

'Kalau Rasa Nak Hidup Macam Bujang, Kenapa Kahwin?' - Soal Isteri Yang Kemudian Diceraikan Oleh Suaminya Dengan Talak 3


"Kalau belum puas 'enjoy', jangan kahwin," demikian nasihat yang biasa kita dengar dari keluarga dan kenalan. Perkahwinan ini bukan perkara yang boleh dibuat main, silap langkah boleh mengundang banyak masalah di kemudian hari lebih-lebih lagi bila ia melibatkan zuriat. 

Viral di media sosial luahan seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suaminya yang didakwa mempunyai perempuan lain. Sedangkan rumah tangga mereka baru saja dibina. Dalam awal tempoh itu juga, dia mendakwa seringkali diabaikan. Si suami langsung tidak bertanya tentang keadaan dirinya dan kandungannya. Alangkah sedihnya mendapat suami seperti ini. 


17 MAC 2017, awak lafazkan "Saya terima nikahnya dengan gembira.". 1 Julai 2017, awak lafazkan "Aku ceraikan awak dengan talak tiga" dengan bangganya. 

Begitu mudah awak membuat keputusan tanpa memikirkan masa depan. Terima kasih Fitri, awak tinggalkan saya dan zuriat awak, amanah yang Allah turunkan buat kita hanya kerana perempuan lain. 

29 Jun 2017 Khamis malam. Selepas balik dari rumah keluarga awak, saya tumpah darah. Sakit dia Allah saja yang tahu. Awak buat tak peduli pada saya. Awak boleh baring dalam bilik main game. Saya tak tahu darah apa yang keluar. Saya call mak saya, mak kata, 


"Kakak jangan banyak bergerak sebab kandungan masih baru (10 minggu). Berehat saja di rumah. Jangan turun naik tangga sangat," katanya. 

30 Jun 2017, Jumaat. Awak pergi kerja. Awak mesej saya ajak pergi rumah maksu semata-mata nak makan laksa. Sedangkan awak tahu saya sakit dan tak larat, dengan alahan yang teruk. Tetapi ada awak pedulikan saya? Awak nak juga pergi makan laksa. Okay, saya kata pergilah dan balik awal sebab saya sakit. 

Awak pergi rumah maksud awak seorang diri. Saya tunggu awak di rumah. Tahu-tahu lebih kurang jam 8 malam, awak hantar mesej kata nak buat BBQ. Awak ajak saya pergi rumah maksu awak (Penanti). Saya kata saya tak larat, selera makan saya pun dah hilang. 

Saya ingat awak akan balik, tetapi saya silap. Awak masih enjoy BBQ dan awak tak balik rumah. Saya seorang diri di rumah menahan sakit, keluar masuk bilik air muntah sampai lembik. 

Pagi itu awak balik lebih kurang jam 10 malam. Awak tak tanya keadaan saya. Awak terus bermain game. Saya turun sendiri pergi mencari makanan sebab nak makan ubat. Kemudian saya terus pergi ke rumah mak saya sebab tak larat nak balik (rumah flat tingkat 3). 

Bila dah petang sikit, saya balik rumah. Teteapi awak tak ada di rumah. Awak balik rumah mak awak di Kepala Batas. Dekat waktu maghrib baru awak balik. Dan masa ini saya sebagai isteri bersuara. 

"Kalau rasa nak hidup macam bujang, kenapa kahwin?" 

Dan dari situ terjadilah salah faham dan dengan mudahnya awak melafazkan talak tiga tanpa sedikit pun perasaan kasih dan sayang terhadap kandungan yang saya tengah kandungkan. 

Salah saya ke? Isteri panas baran kah saya yang awak pergi menjaja merata orang? Salahkah saya menyuarakan hak saya? 

Tiga bulan 12 hari saya menjadi isteri awak. Selepas awak lafazkan cerai, sikit pun awak tak pernah bertanya tentang keadaan saya, keadaan kandungan saya. Saya ke hulu hilir ke hospital seorang diri. Saat doktor nak berjumpa dengan suami, baru saya akan menghubungi awak. Itu pun sekali dua saja awak pergi klinik. 


Sampai satu tahap saya masuk wad, masa kandungan berusia 26 minggu disebabkan alahan teruk dan baby tak aktif. Ada ke seorang ahli keluarga awak ataupun awak sendiri yang datang? Jangan kata datang, bertanya khabar pun tak ada. Sedangkan saya ada saja berkongsi tentang keadaan diri saya di Facebook. 

Sampai 16 Januari 2018, saya selamat melahirkan anak. Baru mak awak nak datang mengaku cucu. Layakkah? Selama 42 minggu saya mengandung, ada ke seorang pun dari keluar awak yang mengambil tahu tentang saya? Bila anak dah dilahirkan, baru nak mengaku cucu? Salah mak saya ke tak bagi mak awak melihat atau menyentuh anak saya? 



Awak lupa perjalanan hidup awak. Masa awak susah, awak naik motosikal EX5 buruk awak. Siapa yang nak terima awak? Awak tak bekerja, siapa yang bantu awak?

Saya tidak mengharapkan balasan, cukuplah awak kenangkan jasa saya. Tetapi tidak sangka, rupanya tak menampakkan penampilan awak yagn sebenar. Saya betul-betul tertipu dengan penampilan awak yang ala-ala alim ulama, sembahyang tak tinggal, sedangkan awak manusia yang bertopengkan syaitan. 

Selepas awak tinggalkan saya dan kandungan (masih dalam proses), awak boleh berfoya-foya dengan perempuan lain. Siap berpeluk-peluk, bukan sekali dua nampak tetapi berkali-kali dalam panggung wayang, atas motosikal dan awak lupa yang awak sendiri pernah buat pengakuan F2F yang awak ada perempuan lain dan perempuan itu masih belajar. 

Awak tipu keluarga awak. Awak kata ada beri nafkah kepada saya setiap bulan. Awak beli barang-barang anak konon. Sedangkan barang anak seurat benang pun awak tak pernah belikan. Nafkah jauh sama sekali. 

Dalam perkahwinan pun awak tak pernah bagi nafkah kepada saya. Hari ini awak bagi, esok awak minta balik. Keperluan peribadi, barang dapur semua saya yang tanggung sendiri. Awak boleh pergi jaja yang saya tak pandai menjaga suami lagi? Tak apa Fitri, Allah Maha Adil, Maha Melihat, dan Dia tidak tidur. Dia tahu apa yang awak lakukan pada saya dan anak awak. 

Saya diam saja bila keluarga awak mengata saya tak pandai menjaga suami. Sebab itu awak selalu balik ke rumah mak awak. Saya bersabar saja bila awak memburuk-burukkan saya. Sebab saya tahu apa yang saya buat. Biar semua tak nampak pengorbanan saya. Saya yang banyak keluarkan duit semasa kahwin tetapi saya diam saja. Saya yang berhutang untuk awak. Awak janji akan bayar semula tetapi semua saya yang tanggung bayaran seorang diri sampai mengandung. Saya terpaksa bekerja keras, biarlah saya dianiaya. 


Di mahkamah awak kata saya panas barang, ego, cemburu buta bagai. Saya tak tahu benda itu awak nak tujukkan kepada siapa. Saya atau diri awak? Awak sudah lupa yang awak itu kaki perempuan, kaki pukul, kaki hutang. 

Alhamdulillah Allah menjauhkan saya dan anak saya dari manusia dan keluarga seperti awak yang tidak mengenang jasa, kuat mengumpat, depan cakap lain belakang cakap lain. Banyak perkara saya dah tahu tentang keluarga awak dan yang buat keluarga awak dan awak tidak berhati perut, korang block saya di WhatsApp dan Facebook. Sebab apa? Apa salah saya kepada keluarga awak semua? Korang tak pernah tanya keadaan saya. 

Mak awak pernah beranak, begitu juga dengan kakak awak. Tak rasa ke macam mana perasaan orang mengandung dan beranak, bila mengalami alahan teruk. Korang percaya puak-puak yang mengata korang dari belakang? Korang ini jenis munafik. Bukan tak pernah korang tikam satu sama lain. Saya dengar saja bila korang memburuk-burukkan ahli keluarga korang sendiri.

Manusia jenis apa korang ni? Nak tunjuk baik dalam sembahyang cukup, tudung labuh, pergi masjid, pergi surau tetapi hakikat ? 

Tak apalah, saya pun bukan ahli syurga yang nak menilai korang. Semoga Allah membalas segala perbuatan korang dan satu masa saya harap korang bertaubatlah. Dosa sesama manusia hanya manusia yang maafkan. 

Setakat ini saja luahan hati saya. Semoga saya terus tabah dan kuat menjalani kehidupan harian saya demi Raisha Humaira. 

Sumber: Chacha Piecha via The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/2DRw552
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2I25xQV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment