Wednesday 21 March 2018

Kau Tu Dah Tua, Tak Payah Nak Style Sangat – Netizen Tegur Sheila Rusly


Penerbit popular Sheila Rusly sebelum ini menjadi perhatian kerana dikecam mengenakan fesyen tidak sesuai ala-ala mak cik ketika rakaman Ketuk-Ketuk Ramadhan yang bakal disiarkan pada bulan puasa nanti.


Kali ini, Sheila menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa bengang apabila ada netizen yang mesej beliau secara peribadi dan menegur beliau untuk tidak terlalu berfesyen memandangkan usianya sudah meningkat.


Dikenali sebagai seorang yang tidak mudah terkesan dengan kritikan orang lain, Sheila akan tetap tampil dengan gaya baru asalkan fesyennya itu tidak melampaui batas dan masih mengekalkan imej seorang wanita berhijab.


Kalau anda pengikut beliau di Instagram, pasti anda tahu Sheila sering memuat naik foto penampilan beliau yang kadang-kala dikatakan agak hipster setanding anak muda sekarang. Apa salahnya berfesyen kalau sesuai dan nampak awet muda? Hehe..

Sumber: http://ift.tt/2joTdzG


from Sehinggit Media http://ift.tt/2u2niNS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pvk0hB
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment