Sunday 4 March 2018

Guru Wanita Jalin Hubungan Intim Dengan Pelajar 14 Tahun


Seorang guru Sains ditahan selepas didakwa melakukan hubungan seksual dengan pelajar berusia 14 tahun.

Memetik The Sun, Stephanie Peterson, 26, ditahan pada Rabu di New Smyrna, Florida selepas pelajar itu mengadu kepada ibu bapanya.

Bukan itu sahaja, pelajar lelaki itu juga mendakwa Stephanie pernah menghantar gambar bogel serta membelikannya ganja.

Pejabat Sherif Daerah Volusia mendakwa Stephanie yang dikenali sebagai Ferri menjemput mangsa di rumahnya sebelum menghabiskan masa berdua selama berjam-jam.


Menurut laporan, wanita terbabit sudah meletak jawatan sebagai guru di Sekolah New Smyna Beach.

Siasatan mendapati, perbuatan terkutuk wanita itu bermula dengan menghantar gambar bogel kepada mangsa.

Bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti sama ada mangsa merupakan pelajar di sekolah berkenaan atau tidak.


Stephanie yang berkahwin dengan ahli bomba, Brandon pada 2015 ditahan dan diperintahkan membayar denda sebanyak ASD 25,000 (RM98 ribu) atas tuduhan mencabul dan memberi bahan berbahaya kepada kanak-kanak. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FauLf3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Fe3hoQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment