Monday 19 March 2018

Saya Akui Memang Ambil Kesempatan Terhadap Intan. Tetapi Bukan Percuma, "Saya Bayar Dia Dengan Angka Yang Tinggi Untuk Kontrak Enam Bulan" - Aliff Syukri


Nama Intan Liana kini sering menjadi tumpuan para netizen setelah terbabit dalam isu rumah tangga bersama pemuzik bebas, Ude Wahid yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda.

Semuanya gara-gara Ude Wahid telah menfailkan permohonan penceraian dengan Intan Liana yang merupakan isteri pertamanya dan perkara ini menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen.

Malah isu ini turut mengundang rasa simpati dari pengasas kosmetik iaitu Datuk Seri Aliff Syukri kepada Intan Liana.

Datuk Aliff Syukri berkata dia prihatin dengan nasib yang melanda Intan Liana dan memberi peluang pekerjaan dengan melantik wanita itu menjadi model tudung bawah jenamanya selama enam bulan.

Ini komen Aliff Syukri:

"Sejujurnya saya simpati dengan nasib yang menimpa Intan dan melantik dia menjadi model tudung Aliff By Sha selama enam bulan. Sekurang-kurangnya ada sumber pendapatan untuk dia dan anak-anaknya.

"Buat masa ini komitmen yang dia beri sangat bagus, cumanya dia perlu ada keyakinan diri dan kena berani bawa diri ke depan," 


Sementara itu, Aliff berkata dia tidak kisah dengan tanggapan para netizen yang mendakwa kononnya dia mengambil kesempatan dengan melantik Intan sebagai model ketika wanita itu sedang berdepan kontroversi rumah tangga.

Apatah lagi, Intan Liana kini boleh dikatakan sebagai Insta Famous dengan bilangan followernya meningkat secara mendadak.

Namun kata Aliff Syukri, dia membayar Intan Liana sebagai model dengan jumlah yang dikatakan agak tinggi.

Ini komen dari Aliff Syukri tentang hal ini:

"Saya mengaku memang ambil kesempatan terhadap Intan kerana isu ini sedang hangat diperkatakan dan ramai orang yang sedang menyokong dan kasihan dengan nasibnya.

"Tapi saya bukan ambil dia jadi model secara percuma ya, saya bayar dia dengan angka yang agak tinggi untuk kontrak selama enam bulan dengan harapan dapat bagi pendapatan kepada dia.

"Apa yang boleh saya kata, Intan ada aura dan pemilihannya sebagai model turut memberi impak positif kepada jualan kami," 

Dalam pada itu, secara peribadi, jutawan komestik ini mengagumi ketabahan dan kekuatan Intan Liana, namun tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal rumah tangga mereka.

Ini kata Aliff Syukri tentang Intan:

"Saya kagum dengan ketabahan Intan. Dia seorang yang sangat menjaga hal rumah tangga sehinggakan rela bermadu. Tentang isu tersebut, saya tak mahu komen lebih-lebih sebab saya pun bukanlah sempurna mana.

"Saya anggap itu ujian hidup untuk dia dan semoga ada sinar persefahaman yang akan dicapai nanti. Saya harap dia boleh berjuang untuk meneruskan kehidupan," 

Intan Liana dikhabarkan bakal diceraikan oleh Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, pada sebutan kes permohonan cerai pada 22 Mac depan.

Mereka berdua berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3 tahun, dan Ariq Muqri, setahun.

Ude Wahid berkahwin dengan isteri kedua iaitu pelakon Izreen Azminda secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2pub3o7
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GI7umd
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment