Monday 19 March 2018

Dituduh Siap Ajak Jantan Tinggal Rumah Sewa Dia, Akhirnya Fatin Afeefa Buka Mulut.. "Kalau Betul Tunjukkan Diri"


TIDAK keterlaluan untuk mengatakan pelakon cantik, Fatin Afeefa antara selebriti tanah air yang dihambat kontroversi panas selain Izreen Azminda. Kontroversi demi kontroversi melanda bekas isteri pelakon, Adam Shahz ini.

Pada Disember tahun lalu, kecoh seketika apabila netizen mendakwa sekeping gambar wanita sedang bercium dengan seorang lelaki yang bertebaran di laman sosial adalah dirinya. Bagaimanapun, Fatin telah menafikan wanita tersebut adalah dirinya.

Namun, baru-baru ini menerusi gambar yang sama, seorang wanita melalui satu akaun Twitter telah mendakwa lelaki yang ada dalam gambar berkenaan adalah suaminya. Ia sekali gus mendakwa pelakon yang juga penyanyi itu menjalin hubungan dengan suaminya selain menulis beberapa lagi kenyataan lain mengenai perihal negatif terhadap pelakon tersebut

Fatin Afeefa menafikan dirinya adalah wanita yang sedang bercumbu dengan seorang lelaki didalam foto yang tersebar di media sosial sebelum ini.


Fatin menerusi portal Kosmo Online juga menjelaskan beliau tidak pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang dan meminta pihak yang mendakwa beliau sebagai perampas mendedahkan identitinya yang sebenar.


Orang yang memberi kenyataan tersebut berselindung di sebalik akaun palsu, jadi apa tujuannya? Kalau betul, keluarkan diri dekat umum. Jangan sembunyikan diri anda. Saya tidak kacau siapa pun. Orang tak suka bila kita tunjuk kita senang kot. Entah lah. Cuma, apa yang boleh saya katakan ialah kalau betul, tunjukkan diri. Kalau sembunyi, berita itu tidak sah.


Terdahulu, seorang wanita menerusi laman sosial Twitter mendakwa Fatin dan suaminya sudah lama bercinta dan tinggal bersama. Wanita itu turut mengatakan Fatin telah berjanji untuk memutuskan hubungan dengan suaminya sebelum ini tetapi pelakon itu telah memungkiri janjinya.


from Sehinggit Media http://ift.tt/2HNdqtH
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2G6MJCV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment