Monday 5 March 2018

Pakai LV Ke Pasar, Netizen Suruh Aliff Belajar Mengeja


KEBIASAANNYA bagi orang biasa atau rakyat marhaen, kalau ke pasar pasti kalau boleh hanya berselipar murah sahaja supaya lebih mudah ketika berjalan.

Ya lah, pasar kan biasanya sedikit kotor dan berlecak, kelakar pula kalau pakai terlalu grand!

Tapi tidak bagi usahawan kosmetik yang terkenal dengan gaya vogue walaupun ke pasar pagi.

Menerusi Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi gambar ‘selipar’ yang dipakainya ketika hendak ke pasar.


Sandal yang dipakai oleh Aliff itu merupakan salah satu koleksi lelaki dari butik terkenal antarabangsa iaitu Louis Vuitton (LV) yang berharga RM2,600!

Sandal model Mirabeau Mule itu diperbuat daripada kulit lembu dan mempunyai reka bentuk yang cukup eksklusif.

Bagaimanapun, oleh kerana sandal itu diperbuat daripada kulit, jadi cara penjagaannya juga haruslah rapi.

Menurut laman web LV, sandal itu tidak boleh didedahkan kepada kelembapan dan perlu disimpan di dalam kantung kasut khas yang disimpan di dalam ruang yang mempunyai peredaran udara yang baik.


“Saya melancong kerana hidup ni terlampau pendek dan dunia ni terlampau luas untuk saya. Saya nak melancong ke seluruh dunia sebelum berusia 40 tahun.

“Sekarang saya nak jalan-jalan pergi pasar dulu ya,” tulisnya di rungan captionInstagram miliknya sekitar dua jam lepas.






Disebabkan penggunan ayat broken English itu, ramai netizen menegur supaya dia memperbetulkan ejaan dan ayatnya tak kira dalam bahasa melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Usahawan kosmetik yang turut merupakan penyanyi itu kini lebih dikenali selepas dia sering typo di dalam setiap ayat yang ditulis.

Namun, menurut Datin Seri Shahida yang merupakan isteri kesayangannya memberitahu bahawa suaminya merupakan seorang yang sering typo setiap kali menulis ayat di dalam media sosial.


Malah, ketika mereka berbual di dalam aplikasi WhatsApp juga, Aliff sering typosehingga ada ayatnya yang tidak difahami.

Tetapi sebagai isteri, Shahida bagaikan sudah terbiasa dengan perkara itu dan dia kini telah dapat memahai segala jenis typo yang ditaip oleh Aliff.





Dalam masa yang sama, ada beberapa netizen yang bertanya soalan sama ada Aliff menghidap penyakit disleksia atau tidak.

Soalan itu telah dijawab sendiri oleh Shahida dan dia juga telah memberitahu bahawa Aliff sememangnya menghidap gangguan tersebut serta salah seorang anaknya juga menerima nasib yang sama tetapi di tahap sederhana sahaja.



Disleksia bukanlah merupakan satu penyakit tetapi ianya lebih kepada gangguan dalam pembelajaran yang kebiasaannya dialami oleh golongan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai kondisi dyslexia akan mengalami masalah dalam pembelajaran seperti menulis, membaca, mengeja dan mengira.

Tetapi ianya tidaklah terlalu serius kerana terdapat juga beberapa selebriti terkenal yang turut menghidap dyslexia seperti Tom Cruise, Orlando Bloom dan Keanu Reeves yang akhirnya berjaya dalam karier mereka sebagai pelakon bertaraf antarabangsa.

Atau mungkin Aliff sendiri tidak mengalami gangguan tersebut, tetapi lebih kepada typo melampau akibat nak cepat.

Biasalah, sebagai seorang usahawan dan bapa kepada 3 orang cahaya mata, jadualnya pasti menjadi padat dan tidak mempunyai banyak masa terluang.

Tapi, kalau ada masa terluang, pasti dia akan ke pasar dengan memakai sandal mahal!

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AH


from Sehinggit Media http://ift.tt/2tgHjjF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oL6ZA5
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment