Monday 5 March 2018

Konon Terjumpa Bayi, Rupanya Anak Sendiri Hasil Hubungan Haram Dengan Teman Wanita


Polis menahan seorang lelaki selepas didapati membuat laporan palsu mengenai penemuan bayi lelaki ditinggalkan di taman rekreasi di Bandar Tun Razak, semalam, lapor Harian Metro

Pada awalnya, lelaki berusia 60 tahun itu datang ke Balai Polis Serdang bersama bayi itu untuk membuat laporan dan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging pada jam 5.30 pagi. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, anggota polis yang mengambil keterangan lelaki itu berasa curiga dengan maklumat yang diberikan. Setelah disoal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku bayi berkenaan adalah anaknya, hasil hubungan sulit dengan teman wanitanya. 

"Siasatan lanjut mendapati bayi berkenaan baru dilahirkan oleh teman wanitanya yang berusia 32 tahun di kediamannya di Cheras dengan menggunakan khidmat bidan kampung. 

"Suspek kemudian terus membawa bayi terbabit ke balai polis dengan niat membuat laporan palsu. Bagaimanapun banyak maklumat yang diberikannya itu meragukan," katanya. 

Siasatan juga mendapati suspek sudah berkeluarga dan mempunyai enam orang anak dan telah menjalinkan hubungan sulit dengan teman wanitanya sejak dua tahun lalu. 

Suspek dan teman wanitanya ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat membuang bayi. 

Sementara itu, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan, manakala ibu bayi terbabit dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan susulan.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FdmF9q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2D1vcXi
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment