2 Jan - Hari ini telah tular satu video yang berdurasi selama dua minit yang menunjukkan seorang ayah dan anak lelakinya terpaksa menyabung nyawa melalui sebuah jambatan rosak untuk pergi ke sekolah.
Rakaman video yang menunjukkan seorang bapa memimpin anaknya meniti sebuah Jambatan rosak dengan air sungai bergerak laju di bawahnya itu dikatakan terletak di Kuala Lipis, Pahang telah menimbulkan rasa takut dan simpati netizen.
Berdasarkan kemaskini di laman Facebook ibu murid berkenaan, Puan Siti Zaharah, jalan darat yang dipanggilnya 'jalan belakang' yang dilalui penduduk telah dinaiki air akibat banjir menyebabkan kenderaan tidak boleh melalui.
Manakala jambatan rosak itu sebelum ini merupakan laluan utama penduduk kerana diseberang sungai itulah terletaknya sekolah, klinik dan kedai-kedai, 'jalan belakang' yang sedia ada yang sedang tenggelam itu pusingannya agak jauh.
Menurut kepsyen yang ditulis, anaknya yang baru memulakan sesi persekolahan itu semangat hendak ke sekolah menyebabkan suaminya terpaksa menggunakan jambatan berkenaan untuk menghantar anaknya ke sekolah.
Ada netizen yang melahirkan rasa simpati, dan ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana membahayakan nyawa.
Apapun diharapkan pihak berwajib dapat memberikan sedikit perhatian tentang perkara ini kerana dikatakan jambatan gantung ini merupakan laluan utama mereka melintas kerana merupakan jalan yang paling dekat berbanding jalan darat atau jalan belakang yang agak jauh.
KEMASKINI
Penjelasan tentang video itu
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media http://ift.tt/2A313W3
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Cok0sa
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment