Wednesday, 31 January 2018

Pelajar Dituduh Mencuri Telefon Bimbit Meninggal Dunia


BUTTERWORTH: Seorang pelajar Tingkatan Dua yang kritikal selepas cuba membunuh diri ekoran dituduh mencuri telefon bimbit gurunya telah meninggal dunia.

Presiden Persatuan Tamilar Kural David Marshel yang mengikuti perkembangan mangsa sejak awal telah memgesahkan kematian remaja perempuan itu di Hospital Seberang Jaya, lebih kurang pukul 3.30 pagi Khamis.

"Bedah siasat akan dibuat pagi ini sebelum ahli keluarga dibenarkan menuntut jenazah," katanya ketika dihubungi.

Marshel berkata, dia berada di hospital untuk membantu keluarga melalui prosedur hospital.

Remaja perempuan itu cuba menggantung diri menggunakan selendang di rumahnya selepas beberapa jam dituduh mencuri telefon bimbit gurunya pada 24 Januri lalu.

Dia meninggalkan nota untuk kedua ibu bapanya mengaku bahawa tidak mencuri telefon bimbit itu.

Remaja tersebut merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik turut memberitahu bahawa dia tidak mahu menyusahkan kedua ibunya.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya selepas dipercayai mengalami kerosakan otak.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FvjbuL
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DTqXyk
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment