Sunday, 28 January 2018

Balik Umrah Tak Pakai Tudung, Ini Jawapan Farah Nabilah Bila Ditanya...


Ramai artis pergi menunaikan ibadah umrah dan sekembalinya dari Tanah Suci, ramai peminat yang berharap agar mereka ters bertudung.

Namun bagi pelakon Farah Nabilah, dia meminta agar peminat di luar sana jangan sewenang-wenangnya menilai imej atau pilihannya untuk tidak bertudung.

Katanya, dia tidak mahu hipokrit kerana tahu bila dirinya akan berubah dari segi penampilan nanti.


"Biasalah, apabila lihat artis mengerjakan umrah mesti akan ingat apabila pulang semula ke tanah air akan berubah 360 darjah menjadi individu lain.

"Apa saya buat selepas saya balik daripada umrah, imej saya dan hidayah, itu semua rahsia Allah. Kita semua tidak tahu.


"Saya harapkan peminat menyokong saya bukannya menghakimi saya. 

"Tidak semestinya orang tidak bertudung itu jahat dan orang bertudung semuanya baik. Kalau kita betul-betul baik, kita tidak akan menilai orang pun. Lebih baik muhasabah diri," katanya kepada Astro Gempak.



Macam mana dengan jawapan yang diberi aktres drama Titian Kasih ni, boleh terima ke tak? 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media http://ift.tt/2GnYZfL
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DJyCTR
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment