Friday 26 January 2018

"Nikmat, Tetapi Hanya Untuk Seketika" - Luahan Hati Gadis Terlanjur Hingga Terpaksa Gugurkan Anak


Zaman remaja sememangnya zaman yang amat menyeronokkan bagi seseorang. Zaman ini yang darah muda kita ingin mencuba segala benda baru yang dikatakan nikmat itu. Ia nya seolah-olah jika seseorang remaja itu tidak mencuba benda baru dia dikatakan ketinggalan zaman atau kuno.

Zaman remaja seperti 'lampu hijau' untuk golongan remaja bebas melakukan perkara yang mereka inginkan. Oleh sebab itu, kita di nasihatkan untuk berkawan dengan kawan-kawan yang tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif. Ini adalah punca utama yang akan membuatkan kita mudah terjebak dengan perkara yang mendorong kita melakukan kegiatan yang tidak mendatang kan faedah.

Kisah yang ingin saya sampaikan ini adalah sebuah kisah benar yang telah di kongsikan oleh seorang pengguna Twitter apabila menceritakan tentang zaman gelapnya sebagai seorang remaja. Akibat pergaulan bebas dia terlanjur sehingga mengandung.Mari kita ikuti kisah sedih gadis ini.

Aku nak ceritakan sedikit tentang kisah aku semasa berumur 19 tahun,ya masih muda. Aku seorang remaja yang kuat bersosial seperti masuk ke kelab malam, menghadiri private party dan tidur di rumah kawan lelaki seperti tiada apa yang salah. Bab pakaian pula sememangnya tidak pernah cukup kain aku pakai. Bagi aku lagi aku seksi lagi golongan lelaki suka perhatikan aku.

Kisah nya bermula pada malam tahun baharu aku telah terlanjur dengan bekas kekasih aku (sebelum ini pun aku pernah terlanjur juga), selepas kejadian itu aku kembali semula ke tempat belajar dan di sana pun aku terlanjur dengan kawan yang baru sahaja aku kenali.

Bayangkan pada hari kedua perkenalan kami sudah pun 'ringan-ringan' sehinggakan kami terlanjur di rumah bujang kawan aku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi motor yang kuat dari luar rumah dalam hati aku berkata "mati lah malam ni aku kena game". Lepas sorang-sorang sehinggakan aku tak ingat berapa orang yang mengerjakan aku pada malam itu.

Dua minggu selepas itu aku di sahkan mengandung. Mustahil ! Seingat aku mereka tidak lepas didalam.Kemudian aku pejam mata dan cuba ingat kembali bekas kekasih aku pernah lepas didalam.Disebabkan itu lah aku mengandung lagi . 

Ya ini kali kedua aku mengandung dan tak kan nak digugurkan sekali lagi? Aku seperti tidak tahu mahu berfikir apa lagi. Aku buntu... Tetapi akhirnya kawan kolej tempat aku belajar seperti sudah tahu bahawa aku sedang berbadan dua.

Dia lah yang menjaga aku selama aku berada di tempat belajar Bila aku pegang perut dia akan bertanyakan "sakit ke"? Bila aku mabuk teruk dia lah yang membantu aku. Dia kata cuba kawal rasa mual ni sebab bimbang diketahui oleh rakan-rakan ku.Dia sedaya upaya menjaga aku selama aku di tempat belajar.

Nak tak nak aku terpaksa gugur kan kandungan ini. Pada mula nya kawan yang menjaga aku ni seperti tidak bersetuju dengan tindakan aku. Tetapi akhirnya dia terpaksa akur dengan keputusan aku.

Pada cuti semesta minggu lepas aku bercadang untuk balik ke rumah, tetapi aku tidak terus pulang ke rumah aku mengambil keputusan untuk gugur kan kandungan ini di Kuala Lumpur dengan kawan aku.

Sebelum memulakan proses pengguguran aku minta doktor melakukan imbasan dahulu. Biasa lah hati seorang ibu yang mahu melihat perkembangan janin didalam rahimnya walaupun masih samar.

Semasa aku melakukan imbasan air mata aku jatuh, hati aku pilu bila doktor memberitahu ku bahawa aku mengandung kan bayi kembar dan usia kandungan aku sudah masuk 5 minggu hampir ke 6 minggu. 

Pada masa itu hati aku seperti berbelah bahagi mahu gugur kan kandungan atau pun tidak kerana bukan semua orang diberikan peluang untuk mengandung kan bayi kembar.

Namun keadaan memaksa aku untuk berbuat sedemikian. Aku masih mudah, dan baru sahaja habis semester 1, aku mahu menuntut ilmu lagi. Jiwa aku memberontak antara mahu dan tidak. Ya Allah. Berdosa nya aku Ya Allah...

Hari pertama aku berpantang aku seperti orang yang hilang akal. Aku masih tak dapat terima aku bunuh 3 nyawa yang tak berdosa disebabkan aku mahu menutup segala kesalahan yang pernah aku lakukan.

Malam pertama aku berpantang aku menangis teruk, hampir meroyan dibuatnya. Bayangkan aku berpantang tanpa bayi tanpa ada orang yang menjaga makan minum ku, aku sendiri. Semua nya buat sendiri. Sepanjang berpantang hanya berkurung didalam bilik sahaja.

Bila makan, aku bangun dan gagah kan juga badan untuk buat sendiri.Bila di dapur aku berlakon seperti tiada apa yang berlaku, bila masuk ke dalam bilik aku sambung berpantang semula. Begitu lah pada hari hari yang berikutnya. Dua minggu berpantang yang amat memeritkan kan bagi ku.

Kadang aku terfikir,mak ayah hantar aku ke sekolah,tetapi aku jadi begini.Jika mak ayah aku tahu tentang perkara ini ,apa perasaan mereka? Bila aku berfikir sejenak jika suatu hari nanti aku menjadi seorang ibu,anak aku melakukan perkara yang sama seperti mana yang aku lakukan dahulu, apa perasaan aku? Tentu sedih dan kecewa.

Kenapa aku buat sesuatu tanpa berfikir air muka kedua orang tua ku.Dari dahulu sampai lah sekarang kerja aku hanya memalukan mereka sahaja.Sudah lah teruk, solat tidak pernah buat langsung.Kali terakhir aku bentang sejadah pun aku tak ingat bila, Aku sendiri lupa. Bila di fikirkan semula sampai bila aku mahu jadi begini?

Sedangkan tuhan telah memberikan pelbagai amaran kepada ku tapi tetap juga aku lakukan perbuatan keji itu. Aku mahu pulang ke pangkal jalan ,aku mahu berubah,tetapi aku tidak tahu mahu mula dari mana.

Aku perlukan seseorang untuk membimbing aku balik ke pangkal jalan sebab aku takut perkara ini berulang kembali. Tetapi bila aku mahu berubah jiwa ini seperti berbisik " tuhan tak mahu terima kau lah walaupun dah berubah, kau tak layak nak balik ke jalan Dia".

Bila terlihat video seorang ustaz berdakwah kepada golongan "mat motor', jiwa aku tersentuh. Kadang aku teringin mahu berjumpa dengan beliau. Aku juga mahu orang ingatkan aku tentang akhirat.Sampai bila aku mahu jadi begini. Aku mahu berubah.

Kepada wanita diluar sana yang masih suci ,jauh kan lah diri dari perkara-perkara sebegini. Sekali terjebak susah untuk keluar dari melakukan perbuatan terkutuk ini. Pada golongan perempuan yang mempunyai situasi sama seperti aku ,jangan putus asa untuk berubah. Carilah tuhan semula, sujud kepada nya, minta ampun dari Nya. Iya tahu seks itu nikmat ,tetapi itu hanya untuk seketika.

Aku sedar aku tidak layan untuk memberikan nasihat,tetapi ini apa yang aku harapkan. Semoga kisah aku dapat memberikan pengajaran kepada golongan wanita di luar sana dan sentiasa menjaga maruah anda sebagai seorang wanita.










from Sehinggit Media http://ift.tt/2EenwD9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FkW85G
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment