Sunday, 28 January 2018

WOW..!! Koleksi Gambar Majlis Pernikahan Yuna Dan Adam Sinclair Di Puncak Rimba Ini Pasti Membuatkan Anda Seperti Berada Di Kayangan


Tanggal 26 Januari 2018 merupakan detik terindah apabila berlangsungnya majlis pernikahan di antara penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna dan pengarah, Adam Yousof Mohamed Sinclair.


Majlis selamat disempurnakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dengan sekali lafaz sekitar jam 7 malam.

Yuna, 32 tahun telah dinikahkan oleh pegawai Jabatan Agama Islam, Bentong, Pahang iaitu Azmi Noh dan diwalikan oleh bapanya, Datuk Mat Zara’ai.


Selain daripada melihat penyatuan dua pasangan yang hangat diperkatakan sejak bertunang pada 5 Ogos tahun lepas, apa yang mengujakan mengenai pernikahan ini adalah temanya. Pernikahan yang bertemakan dalam taman dengan berlatarbelakangkan keindahan alam semulajadi ini benar-benar mempesonakan.


Lebih kurang 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak dilihat hadir dalam majlis berkenaan. Turut dilihat memeriahkan majlis adalah abang kepada Adam yang juga pelakon, Ashraf Sinclair.


Pihak lelaki memberikan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Yuna yang mengenakan busana putih kelihatan sangat anggun dan elegan. Tatapan bunga-bungaan segar di sisi pelamin turut menyerlahkan lagi penampilan kedua-dua mempelai.


Ketika ditanya mengenai perkahwinan adiknya dengan Yuna, Ashraf memaklumkan bahawa keluarganya amat teruja untuk menyambut kehadiran Yuna sebagai ahli baru dalam keluarga mereka.


“Cinta antara dia dan Adam sangat indah dan dia (Yuna) membuatkan Adam sangat bahagia”.

Semasa sidang media khas yang dijalankan di Putrajaya sempena pernikahan mereka, Yuna menyatakan bahawa beliau akan terus menetap di Los Angeles bagi meneruskan kerjayanya walaupun selepas mengahwini pilihan hati.


“Saya sudah menetap di Los Angeles selama hampir 8 tahun. Jadi kami mungkin akan ulang alik memandangkan keluarga saya di tanah air dan Adam yang mungkin akan kerja di sini (Malaysia)”.

“Sudah tentu saya mahu sentiasa berada di sisi Adam, kami akan mengambil ini sebagai cabaran untuk imbangkan perkahwinan dan karier,” jelas Yuna lagi.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media http://ift.tt/2rJHkvs
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FoXIU5
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment