Friday 26 January 2018

"Kemaluan Tidak Menentukan Jantina Seseorang" - NGO


Status jantina usahawan berjaya, Nur Sajat masih menjadi perdebatan. Terbaru sekumpulan NGO membidas tindakan Jakim yang menjalankan ujian pegesahan jantina terhadap wanita itu kerana menganggap ianya merendahkan maruah seseorang.

Mereka berpendapat, seseorang itu tidak berhak dipaksa untuk melakukan ujian pengesahan jantina kerana alat kelamin seseorang tidak menentukan kesahihan identiti jantina individu.

“Kami percaya tidak ada seorang pun yang perlu diarah menjalani ujian perubatan untuk menentukan identiti jantina. Proses ini ternyata mengganggu, merendahkan, tiada perikemanusiaan dan paling penting tidak perlu dibuat,” katanya kepada Projek MMO.

Kenyataan itu disuarakan oleh gabungan 14 NGO termasuk, Sisters in Islam (SIS), Empower, Justice for Sisters and Trans men Malaysia, dan Komuniti Muslim Universal. Terdahulu, Jakim memberikan masa sebulan untuk mendedahkan status jantina usahawan terbabit.

Manakala, menurut laporan terdahulu, Sajat berasa terkilan dengan isu jantinanya dimainkan di serata media kerana mengaibkan dirinya. Jelasnya lagi, pihak keluarga juga turut menangung malu berikutan hal terbabit

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ncHcza
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nboAAq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment