Tuesday, 30 January 2018

Drama Kekasih Paksa Rela Promosi Pedofilia? – Ini Penjelasan Intan Najuwa Buat Ramai Terkedu!


KUALA LUMPUR – Pelakon, Intan Najuwa menegaskan drama rantaian lakonannya, Kekasih Paksa Rela tidak mempromosi jenayah pedofilia seperti yang dibincangkan peminat menerusi ruangan Instagram.

Sebaliknya, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata, drama adaptasi novel berjudul sama tersebut mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda pada masa kini.

“Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia. Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”

“Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentara.


Dalam pada itu, Intan berkata, watak yang dijayakannya dalam drama tersebut, Hanan Khaira bukanlah watak pelajar perempuan bawah umur.

“Saya tidak lihat drama ini mempromosikan jenayah pedofilia kerana watak yang saya jayakan merupakan seorang gadis berusia 19 tahun yang sedang menuntut di tingkatan enam.

“Jadi, tidak timbul isu bahawa drama ini mengalakkan jenayah pedofilia,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo!


from Sehinggit Media http://ift.tt/2GuBd1z
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2npCGO4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment