Wednesday, 31 January 2018

Benarkah Pok Ya Cong Codei Bakal Diharamkan Kerana Ada Gambar Pemimpin PAS?


Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ulasan tentang drama Pak Ya Cong Codei karya Sabri Yunus yang sedang viral diperkatakan oleh netizen.(Buat yang belum tonton, MALAM INI Astro akan mengulang-tayang drama ini di Astro Citra jam 8.00 malam).

Ramai yang menyatakan sokongan kepada drama ini. Malah, ada yang mengatakan ia adalah karya terbaik Sabri Yunus. Seriously saya katakan drama ini sangat bagus dan seronok untuk ditonton.

Antara sebab yang menjadikan karya ini seronok untuk ditonton adalah kerana temanya sedikit berbeza berbanding recycle plot drama sedia ada.

Penonton mungkin sudah muak dengan kisah cinta tiga segi atau kisah suami main kayu tiga yang sering dihidangkan kepada mereka.

Uniknya, Sabri Yunus menghidangkan kepada kita tentang kisah seorang gangster ‘kongsi gelap kampung’ gedebe yang jarang diangkat dalam sesebuah telefilem atau drama.

Kalau kita melihat kepada sosio-politikal masyarakat Melayu-Islam sebelum ini, kegiatan kongsi gelap berperanan sebagai salah satu saluran untuk menyelesaikan masalah dan tekanan yang timbul pada masa tersebut.

Sejarah membuktikan bahawa wujudnya kongsi gelap/pakatan yang memainkan peranan dan bertindak setelah komunitinya menghadapi tekanan dan penindasan yang mengganggu kehidupan normal mereka. Pada kebiasaannya, akan ada ikon/ketua yang menunjangi gerakan anti penindasan tersebut, yang disanjung dan disegani oleh orang bawahan dan juga musuh. Antara yang biasa kita dengar ialah seperti kisah Kumpulan Parang Panjang di Tanjung Tualan, kisah Kiyai Selamat di Negeri Sembilan, kisah Kongsi Gelap Tuan Bulat di Perlis dan kisah Kongsi Gelap Sungai Perak di Perlis.

Dalam drama Pak Ya Cong Code ini, Sabri Yunus cuba mengangkat isu gangster ini tetapi dalam nada yang lain dari yang lain.

Ya, drama ini adalah sebuah drama yang lari daripada tipikal dunia gangster yang biasa kita tonton.


Biasa kalau kita tengok filem gangster ‘acuan Malaysia’ wajib wataknya cakap pelat-pelat cina dan cakap mesti maki-maki, jerit-jerit tak tentu hala 24 jam, tetapi dalam drama Pak Ya Cong Code ini dunia gangsternya nampak lebih tenang tetapi kita nampak cukup aura gedebenya.

Cukup sekadar bermisai tebal dan bertatu harimau bertatu didada tetapi melalui intonasi percakapan, gesture tubuh dan perwatakan cukup memberi gambaran kepada kita bahawa Pak Ya adalah seorang gedebe besar di Kelantan.

Dialog sinikal dan mendalam dalam loghat Kelate membuatkan karya ini amat dekat dengan masyakat kita.


Apa yang menariknya tentang drama ini ialah biasa kalau kita tengok drama melayu, asal watak perempuan je wataknya biasa kena rogol, kena tinggal tak bertali, selalu kena pukul, lemah, kena kahwin paksa tetapi dalam drama ini watak lelaki gedebe macam Pak Ya, ‘dikuasai’ dan dimanipulasi oleh ‘kuasa perempuan’.

Sabri menafikan elemen patriarki dalam drama ini. Patriarki ialah sistem sosial yang meletakkan lelaki sebagai dominasi dalam segala perkara. Sebaliknya Sabri cuba menghuraikan kepada kita bahawa betapa hebatnya kelembutan feminisme berjaya meleburkan ke’gebe’an seorang lelaki seganas Pak Ya yang mempunyai rekod gangster masa zaman silamnya.

Ini kita nampak dalam beberapa scene seperti scene Pak Ya sanggup biarkan Dato Sahak tunggu lama sebab nak makan masakan bini dia dan, Pak Ya punyalah bersungguh nak selesaikan kerja dia awal sebab tak sabar nak jumpa bini tapi last-last dia yang kena game dengan bini dia.

Melalui drama ini, kita nampak bahawa garis halus ke’gedebe’an seorang gangster ialah wujudnya nilai kemanusiaan kerana gangster juga adalah manusia yang mempunyai naluri kekeluargaan dan kasih sayang. Bukan kerja nak bergaduh aje 24 jam.


Saya suka bagaimana Sabri berdakwah dalam karyanya ini. Tidak perlu berhujah atau berkhutbah panjang tetapi kita faham Sabri menerapkan elemen Islamik in dalam karyanya.

Contohnya, ketika babak antara Pok Ya dengan kawannya dari Siam yang mengkhianatinya, Pak Ya sangat redha dan percaya kepada takdir Tuhan. Kita sebagai hamba hendaklah meyakini bahawa semua yang berlaku dalam dunia ini, samada baik ataupun buruk adalah didalam kekuasaan Tuhan.

Dalam masa yang sama, Sabri cuba mengajak penonton supaya sentiasa melakukan kebaikan samada besar atau kecil. Ini kita nampak dalam scene Pak Ya memberikan RM40,000 kepada Rasydan dan memberikan RM100 kepada bekas gangster yang pernah dimusuhinya.

Mesej paling penting yang cuba Sabri sampaikan ialah sehebat manapun, se’gedebe’ manapun kita masa muda, nanti bila sampai masa kita tua, istilah ‘gedebe’ atau gangster ini akan hilang daripada kita. Masa kita di atas/kuat mungkin kita disanjung, tetapi masa kita tua/lemah, adakah kita masih disanjung? Dan, adakah title gedebe ini akan dibawa sampai mati?

Daripada sudut kualiti lakonan, saya rasa Sabri Yunus telah memberikan 100% menyebabkan telefilem ini sampai kepada jiwa penonton. Manakala watak-watak sidekick juga berjaya mencorak warna filem ini menjadikannya sangat seronok untuk ditonton.

Namun, ada ura-ura yang menyatakan bahawa Pok Ya Cong Codei Bakal Diharamkan Kerana Ada Gambar Pemimpin PAS. Ia hanyalah khabar angin. kita sama-sama nantikan.

Jadi, kepada yang belum menonton, jom kita sama-sama sokong karya yang bagus dan berkualiti ini.

Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media http://ift.tt/2nwPMcq
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BGXd5v
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment