Saturday, 27 January 2018

Kena Samun Dan Ditembak Selepas Tayang Duit Di Facebook, Ini Komen IBU Mangsa Yang MENGEJUTKAN..!


KOTA BHARU - “Ini merupakan ujian buat anak saya. Apapun mujurlah anak saya selamat dan hanya mengalami kecederaan di bahagian betis kiri, bengkak di muka dan kepala selepas dirompak dan ditembak penyamun dalam kejadian malam tadi.

Perasaan itu diluahkan oleh ibu mangsa samun, Mohd Irfan Abdullah, Zawiyah Nawang, 66 yang ditemui di ruang menunggu bilik pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini hari ini.

Menurut Zawiyah sebelum kejadian, anak bongsunya itu baru sahaja pulang dari rumah kakaknya selepas makan malam dan bersendirian di pejabatnya di Kampung Banggol Kulim.

“Kami sempat makan bersama-sama kakaknya yang terletak di Kampung Kedak di sini.

"Ketika makan malam, dia (Irfan) amat berselera dengan makan bihun sup, pulut pauh dan pelbagai makanan lagi. Selepas dia pulang ke pejabatnya itu. Sehinggalah dalam kira-kira jam 11 kakaknya menerima panggilan daripadanya,”katanya.

Menurut Zawiyah, suara Irfan kedengaran lemah selain dalam keadaan meminta tolong, dia juga seperti sedang menahan kesakitan yang amat sangat.

“Selepas panggilan itu, saya dan kakak Irfan terus lokasi kejadian dengan kereta dipandu menantu. namun usaha melihat keadaan mangsa di tingkat atas itu tersekat selepas pintu jeriji di bahagian bawah itu telah dikunci dan polis tidak membenarkan kami masuk.

"Sebelum ini saya ada berpesan kepada Irfan (mangsa) supaya jangan pamerkan wang dan barangan kemas di Facebook kerana bimbang menjadi sasaran penjenayah.

"Rupa-rupanya kebimbangan saya itu menjadi kenyataan. Apa pun saya berharap di cepat sembuh kerana dia seorang anak yang baik dan taat pada keluarga dan rapat dengan adik beradik," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Zawiyah berkata, Irfan sempat bertemunya di hospital serta memberitahunya kejadian berlaku begitu pantas dan pada mulanya dia membuka pintu kedainya selepas pintu diketuk dan menyangkakan tiga penjenayah itu pelanggan.

“Tetapi sangkaannya meleset, malah tiga lelaki itu bukan sahaja bertindak memukul Irfan malah turut menembak betis kiri anak saya dan mengunci pintu rumah mangsa dari luar serta meninggalkan Irfan dalam kesakitan.

“Mujurlah Irfan sempat telefon kakaknya, jika tidak tak tahulah saya apa akan berlaku padanya. Apapun saya berdoa agar Irfan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan menjalankan perniagaannya,”katanya.

Sebelum ini, anaknya yang merupakan peniaga atas talian yang aktif live Facebook ditembak di betis kiri di pejabatnya di Banggol Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, ketika kejadian mangsa, Mohd Irfan Abdullah, 26, berseorangan di pejabat tersebut.

Katanya, polis tidak menolak rompakan itu dirancang lebih awal, berdasarkan kepada pergerakan penjenayah melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Selepas menerima panggilan pada jam 11. 33 malam, kita bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa berada di tingkat atas premis dan terkunci dari luar pejabat, dipercayai dilakukan penjenayah terbabit.

“Kesan tembakan menyebabkan mangsa berlumuran darah dan berada dalam keadaan lemah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DP86rg
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Ef1m3K
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment