Monday, 29 January 2018

Kes Kematian Zulfarhan. Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah, Pihak Pendakwa Raya Akan Buktikan Zulfarhan Mati Didera..


Tahun lalu, kes kematian penuntut UPNM, Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera oleh rakan-rakannya telah mendapat liputan yang luas dari media tempatan. Pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh rakan-rakannya itu membuatkan netizen geram, marah dan sedih.

Terbaru, menerusi Berita Harian, Allahyarham Zulfarhan telah mengalami komplikasi luka lecur membabitkan hampir 80 peratus permukaan badannya. Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah akan membuktikan bahawa 19 penuntut UPNM itu bersubahat membunuh dan mencederakan si mati.

Mencucuh si mati dengan seterika wap


Sepanjang soal siasat dibuat, tertuduh pertama memegang seterika wap, seterusnya tertuduh keenam menyuruh tertuduh pertama mencucuh si mati dengan seterika wap sehingga si mati menjerit kesakitan.

Tertuduh kedua hingga kelima juga menggunakan seterika wap sama untuk mencucuh badan si mati. Perbuatan itu dihentikan selepas selesai azan Subuh berkumandang pada kira-kira jam 5.45 pagi.

Othman berkata demikian dalam ucapan pembukaan kes itu pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah. Beliau berkata, pendakwaan melalui saksi Pakar Perubatan Forensik juga akan mengemukakan hasil bedah siasat yang menunjukkan si mati mengalami beberapa kecederaan pada badan dan sebab kematian adalah luka bakar teruk.

Komplikasi luka lecur


Terdapat kesan lecur tahap satu, dua dan tiga yang sedang mengalami proses penyembuhan.

Komplikasi luka lecur adalah ‘hypovolemic shock (kekurangan cecair dalam badan), jangkitan kuman, organ penting rosak dan ketikdakseimbangan elektrolit sehingga boleh menyebabkan kematian, selain terdapat pendarahan di bawah kulit kepala pada bahagian temporal kanan, kiri dan tengah kepala yang boleh diakibatkan objek tumpul.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Zulfarhan Osman bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Semua yang tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05 Blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 2.30 pagi hingga jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, asrama sama, antara jam 1.30 pagi hingga 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

Sumber: BH Online via Ohbulan.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DTvi7P
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Gt0J78
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment