Friday 26 January 2018

Wanita Berusia 38 Tahun Membayar RM3 Juta Kepada Bakal Mertuanya Untuk Mengahwini Anak Mereka Yang Berusia 23 Tahun


Walaupun kita hidup di dunia moden di mana usia hanyalah dianggap nombor, tidak semua ibu bapa merasa selesa jika anak lelaki mereka berkahwin dengan orang yang lebih tua. Walau bagaimanapun, pengantin perempuan ini menemui cara untuk mengatasi perkara seperti ini.

Awal bulan ini (Januari), video seorang lelaki berumur 23 tahun yang berkahwin dengan seorang wanita berusia 38 tahun menjadi tular di media sosial.

Netizens terkejut dengan jurang usia yang agak jauh di antara mereka (15 tahun) dan dilaporkan bahawa pengantin perempuan itu didakwa hanya satu tahun lebih muda daripada ibu pengantin lelaki itu.


Menurut China Press, perkahwinan itu berlaku di wilayah Hainan, China. Pada mulanya, bapa dan ibu pengantin lelaki, masing-masing berusia 41 dan 39 tahun, tidak bersetuju dengan perkahwinan itu kerana alasan jurang umur yang agak jauh.

Walau bagaimanapun, pengantin perempuan jutawan itu berjaya memujuk mereka dengan menggunakan kelebihan yang dimiliki olehnya – kekayaan.

Dia dilaporkan membayar ibu bapa pengantin lelaki sebanyak 5 juta Yuan (kira-kira RM3 juta) untuk mendapatkan restu daripada mereka.


Dilihat daripada senyuman lebar di wajah mereka, ramai yang akan berfikir bahawa perkahwinan mereka adalah cinta sejati. Walau bagaimanapun, portal berita China kemudiannya mendedahkan bahawa ada sebab lain di sebalik perkahwinan mereka.

Menurut sumber, seorang netizen yang mendakwa secara peribadi mengenali pengantin itu mengatakan bahawa pengantin perempuan itu sebenarnya adalah ‘sugar mama’ kepada pengantin lelaki sebelum mereka mengikatkan tali perkahwinan itu. Mereka sebelum ini tidak serius dalam perhubungan mereka tetapi wanita itu akhirnya hamil.

Oleh itu, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain berkahwin. Ibu bapa pengantin lelaki membenarkan mereka berkahwin setelah pengantin perempuan memberikan mereka wang dan bahkan membeli beberapa rumah untuk mereka.


Netizen juga menambah bahawa pengantin perempuan adalah ibu tunggal dan mempunyai anak lelaki berusia 14 tahun. Ini bermakna bapa tirinya hanya sembilan tahun lebih tua daripadanya.

Semoga pengantin baru ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Erabaru.com.my


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DJ6VKM
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2EbKWcr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment