Monday 1 January 2018

Edit Gambar Nampak Putih, Netizen Tuduh Siti Sarah Menipu


Amboi bukan main mulut makcik-makcik bawang ni adili artis di sosial media. Setiap muatnaik foto atau kapsyen dihentam dan dikecam bagaikan tiada pedoman. Baru-baru penyanyi bersuara merdu Siti Sarah Raisuddin dituduh menipu pula. Kata netizen Sarah edit gambar supaya kulitnya kelihatan putih padahal warna kulit sebenarnya hitam. 

Gambar terkini yang diambil di akaun Instagram milik suaminya, Shuib itu mendapat kritikan ramai setelah netizen membandingkannya dengan gambar-gambar yang dimuatnaik di Instagram milik Sarah. 

Netizen menuduh Sarah edit kesemua gambarnya supaya kelihatan putih dan cerah daripada sebenar. Macam tu sekali netizen membahan Sarah. 


Sarah mengakui sering mencari sudut pencahayaan yang baik sebelum mengambil gambar.

Terdahulu, Shuib telah memuatnaik gambar dia bersama ibunya beserta Sarah. Gambar tersebut bertujuan berkongsi kegembiraan ibunya yang telah mendapat hadiah kereta daripada Shuib sempena hari jadinya. 

Namun gambar tersebut telah mengundang komen negatif daripada netizen yang melihat warna kulit Sarah. 


Shuib raikan harijadi ibunya dengan hadiah sebiji kereta.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut, Sarah memuat naik status panjang yang mengakui dia hanya mendapatkan sudut pencahayaan yang baik sahaja. Menurut Sarah, sepertimana orang lain, dia juga tidak lari mendapatkan sudut menarik untuk mengambil gambar. 

Bagaimanapun mungkin tidak tahan dengan komen negatif tersebut selepas kejadian itu, Sarah telah bertindak mengubah akaun instagramnnya kepada ‘private’.


Penampilan Sarah yang semakin jelita.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Sarah itu. Netizen atau ‘keyboard warrior’ ni seolah-olah tidak pernah mengambil gambar atau swafoto. Pastilah gambar yang terbaik sahaja di muatnaik. 

Terima sahaja hakikat Sarah sebenarnya semakin cantik. Mungkin suatu hari, Sarah akan dedahkan rahsia kecantikan yang diamalkan olehnya.

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CquuXn
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2A2tvas
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment