Masih banyak produk-produk kosmetik yang dijual terutama oleh golongan yang mempunyai pengaruh dalam media sosial. Produk tersebut sudah tentu mendapat perhatian golongan yang mempunyai masalah kulit atau ingin menambah kecantikan mereka.
Seorang pengguna Twitter baru-baru ini berkongsi cerita beliau mengenai produk kosmetik jenama tempatan yang kebanyakannya dihasilkan dari kilang yang sama.
Menurut Aidil Affiq Azmir, masyarakat kita perlu tahu dan sedar tentang kebenaran yang wujud disebalik pembuatan dan pemprosesan jenama kosmetik tersebut.
Cuma tukar label produk dan pembungkusan je
Beliau berkata peniaga kosmetik boleh memilih formula bahan yang telah dihasilkan oleh kilang atau mencipta bahan yang memerlukan kos sangat tinggi.
Tambah beliau, peniaga yang baru menjinakkan diri dalam perniagaan kosmetik sudah tentu memilih bahan yang telah disediakan kerana lebih menjimatkan kos dan menjual produk mereka dengan harga yang lebih mahal.
Bukan jatuhkan bangsa kalau mereka sendiri yang menganaiya orang
Sebagai pengguna, anda haruslah bijak memilih produk yang bersesuaian dengan kulit muka. Apa yang penting, pastikan produk itu bebas dari kandungan yang berbahaya.
Sumber : Aidil Affiq Azmir via http://www.ohmymedia.cc
from Sehinggit Media http://ift.tt/2F1BxTQ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DZgfXJ
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment