Sehingga kini, netizen tidak henti-henti mengambil tahu dan mengambil kisah tentang kes buli dan bunuh yang terjadi kepada seorang penuntut UPNM, Zulfarhan Osman. Sehingga kini juga, berita terbaru mengenai kes buli dan bunuh arwah Zulfarhan sentiasa ada. Bermula dari kronologi sebenar hinggalah kepada motif hingga berakhirnya dengan kematian.
Antara berita yang dikhabarkan melalui media massa, seramai 13 orang penuntut dibebaskan dari tuduhan terlibat dengan pembunuhan arwah Zulfarhan dan mereka dibenarkan untuk menyambung pengajian mereka semula. Apa yang terjadi sebenarnya antara mereka semua, hanya mereka yang tahu. Mereka juga mungkin akan menjadi saksi kepada pembunuhan yang berlaku.
Setelah dibebaskan, salah seorang penuntut dikhabarkan telah memuatnaik status yang menggambarkan luahan isi hatinya yang mempunyai kandungan tersurat dan tersirat di laman instagramnya. Bagi mereka yang terdekat dengan penuntut ini terutama rakan-rakannya, mereka memuji dengan keberanian kerana benar yang dilakukan. Demikian luahan Muhammad Aiman Aufa.
“Alhamdulillah,
Dibalik kegelapan dunia,
Terlihat sinar cahaya,
Dibalik kesusahan dunia,
Kesenangan akhirat menantimu,
Tatkala orang mencemuhmu,
Disitu jati dirimu terbina kukuh,
Jatuh sekali tidak bermakna jatuh selamanya,
Menyulur merangkak berjalan berlari hingga kau mencapai apa yang orang katakan mustahil,
Tutup buku lama buka buku baru,
Buang yang keruh ambil yang jernih,
Dugaan ini salah satu warna warni kehidupan,
Tanpanya hidup kau ibarat hanya seperti kain putih tanpa corak,
Cabaran dilalui dengan tenang, Insya Allah,
Allah bersama dengan hamba Nya yang benar,
Takut kerana salah berani kerana benar,
Banyakkan berdoa,
Hanya pada Nya kita memohon pertolongan,
Kebenaran pasti ditegakkan,
Allahuakhbar!
Al-fatihah buat arwah Muhammad Zulfarhan Osman bin Zulkarnain,
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Aminnn”
Disebalik apa pun yang terjadi, biarlah keadilan yang menetapkan. Apa yang mampu kita lakukan sebagai orang luar, hanyalah berdoa semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan sama-rata. Al-fatihah.
Sumber: Kisah Dunia
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sLYqbR
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rJTW5r
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment