KUALA LUMPUR - Berang ditegur jangan merokok. seorang lelaki bertindak mencampak puntung rokoknya kepada lelaki yang menegurnya itu.
Dalam kejadian di sebuah kedai di Bestari Solaris, Dutamas, semalam, Zukhairi Ahmad, cuba menegur lelaki terbabit agar berhenti merokok kerana ada pelanggan di belakangnya yang membawa anak kecil.
Malangnya, lelaki terbabit tidak mengendahkan teguran itu, malah dengan biadab mencampakkan puntung rokoknya ke arahnya.
"Kawan hangpa ka ni? Kalau kau perokok tegar macam mana, di tempat awam tak kiralah hang duduk di situ dulu atau depa duduk kemudian, bila hang dah nampak ada keluarga duduk di belakang serta ada anak kecil yang sedang tidur dalam stroller, cuba hang guna akal hang.
"Hormat dan berperikemanusiaanlah sikit. Hang dah toleh tengok dan nampak. Aku tegur hang sebab hang dah nampak. Tak elok hisap rokok sebab asap rokok hang ditiup angin menuju ke arah budak dalam stroller itu.
"Dah tegur, hang marah lagi siap campak puntung rokok kat aku. Aku patah balik cakap elok-elok, hang bakar lagi sebatang dan hisap rokok dengan bangganya.
"Haih, aku kasihan dengan attitude hang. Zaman brutal aku dah lama berlalu. Hang bernasib baik aku bersabar di Hari Raya kedua ini. Nasib rokok hang baling itu tak kena aku," tulisnya di Facebook.
Gambar yang dimuat naik oleh Zukhairi pada jam 9.29 malam Isnin itu telah dikongsi 4,084 kali oleh pengguna Facebook dan menerima pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki terbabit.
"Saya pun perokok tegar juga tetapi bila berada di depan anak-anak atau di tempat awam terutamanya kedai mamak atau restoran, memang saya akan keluar. Paling tidak, di parking kereta untuk merokok kerana risau orang tak selesa sebab bukan semua orang boleh hidu bau asap rokok. Depan mak ayah pun tak ada nak merokok sebab hormat," kata Abi Sumayyah Dan Uzair.
Bagaimanapun ada segelintir netizen pula berpendapat, lelaki itu terlebih dahulu duduk di situ dan dia tidak sepatutnya dipersalahkan. Sebaliknya wanita yang membawa anaknya itu perlu berganjak ke meja yang lain jika mahukan keselesaan.
"Jika bukan kawasan larang merokok, lelaki itu tidak bersalah. Siapa yang sampai dulu, kalau ada baby pun, boleh cari tempat lain," kata netizen.
Merokok di tempat awam adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan saman.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sNrQVH
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tjSKGn
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment