Tuesday 20 June 2017

Pergi Salam Makcik Tu, Minta Duit Raya - Jangan Ajar Anak Minta Duit Raya


Amalan memberi duit raya ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita lebih-lebih lagi bila menyambut hari raya. Adakalanya anak-anak kecil boleh dapat lebih dari RM300 dalam masa dua hari. 

Namun, ibu bapa perlu diingatkan agar tidak mengajar anak meminta duit raya kerana adalah tidak manis jika anak-anak berbuat demikian. Seperti yang dikongsikan oleh Puan W ini, semoga bermanfaat. 

Assalamualaikum. Salam Ramadhan semua.

Masih berbaki belas-belas hari puasa. harapnya masih smepat kongsikan confession saya ini sebelum raya. Selamat beramal. 

Straight to the point. Tahun lalu, tahun pertama saya beraya sebagai isteri orang. Sepanjang raya tahun lalu, kerap sangat saya mendengar ibu bapa yang ada anak-anak kecil ini beritahu anak-anak mereka:

"Pergi salam makcik tu minta duit raya" atau "Cakap kat pakcik nak duit merah. Tak nak duit hijau," atau "Tanya makcik tu duit raya mana?" 

Tidak kurang juga ada budak datang pada suami dan kata, "Pakcik, ayah kata kalau pakcik baik hati, pakcik bagi lagi duit raya." Padahal sehari sebelum itu suami dah bagi duit raya pada kanak-kanak berkenaan dengan semua adik beradiknya. 

Anda pernah mengalami apa yang saya alami? Agak mengejutkan sebenarnya. Jom semak sama ada anda terdiri dalam golongan yang mengajar anak untuk meminta duit raya atau mangsa keadaan. Di sini saya kongsikan beberapa hujah pandangan peribadi saya. 

1. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali mengajar anak untuk meminta duit raya dengan sesiapa. Kita tidak tahu macam mana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik sebegini, mungkin akan merunsingkan mereka. 

2. Jaga adab. Saya yakin dan percaya tiada sesiapa di antara kita yang sudah dewasa ini dididik oleh ibu bapa kita untuk meminta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab untuk meminta sesuatu yang belum tentu akan menjadi hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab? 

3. Jangan samakan kedudukan kewangan anda dengan orang lain. Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah dan murah rezeki seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti kita. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.

4. Jangan ingat semua orang bekerja itu banyak duit ataupun kalau orang itu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungki ntanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang menilai kewangan orang bila anda tidak tahu. 

5. Semua orang pun sedar dengan kos sara hidup pada zaman ini. Banyak yang perlu dijimatkan sekarang. Sekiranya duit raya anak-anak anak termasuk di dalam antara yang perlu dikurangkan kos, sila redha. Jangan minta duit warna warni sangat. 

6. Jaga air muka pemberi duit raya. Didik anak anda untuk tidak buka sampul raya di depan mereka dan tidak merungut tentang amaun yang mereka terima. Malu jika orang kritik hasil derma kita. Dah dapat itu, bersyukurlah. 

7. Dengan mendidik anak anda meminta duit raya dengan orang lain atau mengkritik duit raya yang mereka perolehi, anda secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi manusia yang tidak berhemah. Tidak dapat saya nyatakan dengan terang di sini kerana tiada kajian pun tentang isu ini. Rasuah mungkin. 

8. Jika anda ialah mangsa keadaan, saya bersimpati dengan anda. Sediakan jawapan-jawapan awal bagi soalan-soalan di atas seperti, "Mak kau bagi anak pakcik dulu pun dua ringgit je". Okay, itu gurau. Anggaplah itu sedekah amal jariah.

9. Setiap sen yang anak anda terima, anggaplah itu rezeki mereka, bukan rezeki anda. Maka tidak perlulah demand lebih dan tidak perlu meminta. Anda mungkin menganggap itu semua gurauan, tetapi bagi orang lain? Bersyukur dan terus bersyukur, jangan kritik.

10. Hari raya adalah hari bahagia, berkumpulnya sanak saudara. Jangan rosakkan mood raya orang lain dengan perangai anda itu.

Ingatlah, tahun ini kita mengajar anak kita. Tahun depan kita tak ajar dah tetapi mereka akan praktikkan lagi. Semoga ibadah puasa kita diterima dan semoga syawal yang akan diraikan dipenuhi dengan keriangan.

Maafkan saya jika ada yang terasa hati atau tidak bersetuju dengan pandangan saya. Nak cakap depan-depan, tak berani kan? Share saja confession saya ini dengan harapan ada yang membaca. Sebab itulah yang saya akan buat. | IIUM Confessions

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sTXwJW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tr8eoJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment