Wednesday, 21 June 2017

Mereka Tarik Kaki Saya Ke Atas Dan Patahkan, 'krukk!' - Mangsa Kongsi Pengalaman Disantau Kenalan Rapatnya

Dari gambar ini saya di pm ustaz cakap tangan saya berkedut macam nenek kebayan | Foto - Furaiha

Kata orang, akan sentiasa ada orang yang cemburu melihat kejayaan, kebahagiaan dan segalanya yang menarik dalam diri kita. Namun, golongan ini gemar menyimpan rasa cemburu itu dalam hati menyebabkan ada segelintir sanggup bertindak melampaui batas sehingga menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan individu yang tidak disukainya itu.

Semalam, Syarifah Furaiha berkongsi tentang penyakit ain. Kali ini, beliau kongsi pengalaman dirinya disantau dan disihir oleh beberapa individu yang dikenalinya hanya kerana cemburu melihat kejayaan perniagaan produk Furaiha.

Bukan sahaja dirinya terkena, malah keluarganya juga tidak terlepas dari menerima tempiasnya. Berhati-hatilah semua, tidak semua kawan kita boleh dipercayai. Semoga bermanfaat.

BISMILLAH, dengan ini saya nak kongsi pengalaman saya disantau dan disihir. Cerita ini tidak dituju kepada siapa-siapa tetapi sekadar memperingati semua orang di samping menyucikan hati masing-masing. Mohon doa bagi saya. Sedikit panjang, semoga bermanfaat. 

Sebelum ini saya hanyalah insan biasa-biasa sahaja. Student medic yang tiada apa-apa. Akhir tahun 2015, saya mula melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan. Saya bangunkan brand kecantikan sendiri, Furaiha. 

Allah beri rezeki kepada saya. Alhamdulillah produk Furaiha cepat mendapat tempat di hati pengguna. Brand dan team kami tersebar dengan sangat cepat. Allah bantu, Alhamdulillah. Tetapi tak ramai yang senang hati. 

Awal tahun 2016, saya pulang ke Mesir untuk mengambil exam medic yang saya sudah pending lama. Masa ini, semua orang menegur saya. 

"Fara, kenapa muka burn hitam?" 

Nak fikirkan logik, tak patut jadi hitam sebab saya berniqab. Lama kelamaan saya perasan, muka saya jadi seperti hangus walaupun bahagian kulit lain putih. Tak logik, tapi saya tak fikir pelik-pelik. 

Tak lama selepas itu, kulit muka saya seperti alergik dalam satu malam. Naik macam-macam. Tak ada tempat yang bersih, semua macam rashes. Semua orang tegur, kenapa muka saya begitu. Padahal dulu licin, bersih dan putih. Owner produk kot? Takkan muka jadi begitu? 

Okay, saya layan je lagi sebab saya seorang yang positif. 

Disebabkan saya berniqab, saya minta adik saya jadi face of Furaiha. Kulit muka adik saya, Erin, MasyaAllah, memang cantik tanpa sebarang cela. Tetapi selepas dua tiga bulan produk kami meletup, muka dia mula naik macam-macam. Sampai satu tahap, dah macam berulat walaupun bahagian kulit lain cantik saja. 

Saya dah istighfar, saya tak expect santau tetapi saya cuma anggap itu ain sahaja. Mula-mula masih dalam denial state. Saya ingatkan adik saya alergik makanan laut ke apa, kan. Rupanya santau. Allah. 

Saya pulang ke Malaysia pada bulan Mac dan menjalani hidup seperti biasa. Sehinggalah waktu kemuncak bulan Ogos, saya dah tak tahu apa yang kena dengan diri saya. Saya dah seperti tidak terurus. Nafsu saya hanya mahu tidur sahaja. Hidup saya juga tidak terurus. Saya tak boleh makan, nafsu saya diikat, walau lapar sangat, saya hanya mampu makan 2, 3 mulut sahaja. Sedih. 

Berat badan saya turun sangat drastik. Berpuluh-puluh kilo. Muka saya tak ada seri, seperti ada sesuatu yang halang di muka. Waktu ini saya dah mula sakit teruk tetapi masih belum tahu yang saya disantau. Saya dah mula lupa macam-macam, otak saya terjejas. Biasalah sihir, seperti virus yang lama-kelamaan makan ingatan. Sebab itu ada tahap boleh jadi gila jika dibiarkan. 

Waktu ini saya dah tak ingat hari apa, tak tahu siang ke malam sebab saya tidur pun kadang-kadang sampai 2-3 hari straight. Tak makan, tak apa. Bahkan saya nak congak kira 5+5 pun saya terpaksa pakai kalkulator. Fikiran saya dah tak berfungsi seperti normal. 

Tetapi rezeki kan, Allah murahkan rezeki saya. Duit dalam akaun tidak terjejas, malah semakin bertambah. Perniagaan saya stay Alhamdulillah. Cuma saya sahaja berperang bagai nak mati. 

Sehinggalah satu hari saya post jari saya pakai cincin cantik sangat di Facebook. Masa ini saya dah kurus gila. Saya terima saya private message dari seorang ustaz perawat. Dia beritahu yang saya sakit dan minta saya segera berubat. Saya masih tidak percaya dan minta dia jelaskan. 

Bila dah ada orang suruh saya berubat, jin-jin ini dah mula marah dan mula appear depan kita. By times, saya lihat kain kapan terbang, orang main guli, pocong dan lain-lain. You name it, semua dah tengok. Saya jumpa paku, jumpa macam-macam benda pelik. Saya terima kiriman pelik-pelik dari courier. 

Masa ini saya sangat sakit. Setiap kali selepas asar, mereka menikam bahu dan rahim saya. Pinggang pun terasa sakit gila macam nak patah. Kepala mereka buat sakit sampai terpaksa makan panadol sepapan pun tiada kesan. Saya tidur dengan air mata, sakitnya terlampau. Tak boleh nak cerita, derita sangat.

Satu hari, sedang saya duduk bersila, mereka tarik kaki saya ke atas dan patahkan sampai bunyi 'krukk'. Dan di sendi-sendi dan lutut, mereka duduk dan tinggal. Sakit sangat. Akhirnya berbulan saya tak boleh berjalan sebab mereka dah berumah di dalamnya. Nak bagi lumpuh, saja mereka serang kaki supaya saya tak boleh kerja dan tangguhkan segala urusan. Mereka hidup di setiap sendi dalam badan. 

Kalau nak berjalan tak boleh berdiri sebab tumit ini bagai ditusuk paku, jarum dan pisau. Sakit gila. Muntah santau angin, muntah kaca, sebijik seperti mayat hidup. 

Sampai satu tahap, ruamh saya yang ada tiga tingkat banyak bilik. Kami sekeluarga hanya tinggal dan duduk sebilik sahaja. Semua tidur sebilik dan bilik yang lain-lain dibiarkan kosong. 

Kenapa? Sebab rumah dah macam rumah hantu. Macam-macam ada, dengan macam-macam bunyi dan rupa. Bunyi burung gagak dan macam-macam. Macam-macam yang saya jumpa, macam-macam mimpi yang datang, bola api dan lain-lain. Ianya satu dunia beyond normal. 

Entah sudah berapa ramai ustaz yang mengubat saya. Habis dah berpuluh ribu. Sampaikan ustaz-ustaz yang merawat saya kebanyakannya mengangkat bendera putih, give up. Sebab kes saya terlalu berat. Tak padan dengan mereka. Kalau mereka bantu juga, mereka dan keluarga akan sakit. 

Ustaz-ustaz kata, saya berada di skala 9.5 daripada 10. Biasanya kalau 10, orang itu dah mati. Tapi Allah masih bagi panjang umur sehingga ke hari ini. 

Tujuan orang orang yang buat saya cuma nak saya mati, bisnes saya lingkup dan saya hilang terus dari dunia. Bukan seorang yang buat saya tetapi sangat ramai. Setiap dari mereka saya tahu siapa. Allah bukakan bila lama lama kita ikhlas beramal, Allah zahirkan. Semuanya perempuan. Hamba Allah. Biasanya orang yang tak puas hati dengan kita adalah orang yang rapat dengan kita, tahu financial kita, tahu keadaan kita.

Bila saya tahu siapa, saya frust. Sebab saya sangat baik dengan mereka, mereka ini orang dihormati, orang hebat, naik hotseat, ada pengikut dan saya tak pernah buat jahat dengan mereka. Saya frust sebab tak sangka sampai tahap ini mereka nak saya lingkup dan mati.

Mereka berhabisan bukan sikit malah cecah sampai ratus ribu dengan bermain sihir. Muka mereka pun cantik sebab susuk, produk nak laju main pelaris. Tak semua begini, masih ada yang berbisnes patuh syariah dan takutkan Allah.

Rambut saya banyak gugur, muka saya berubah warna setiap hari. Sekejap hitam, sekejap biru, sekejap pucat macam mayat, sekejap kuning macam sami. Mereka nak buat saya jadi buruk supaya siapa yang jumpa saya akan fikir, ehhh ini ke founder produk?

Mereka ini orang yang tidak percayakan rezeki dan sanggup syirik dengan Allah demi dunia yang sementara. Jangan ingat kedai saja ada pelaris, produk pun ada pelaris. Muka boleh pakai susuk dan nak jadi public figure nak orang tunduk pun boleh.

Sebelum saya mula bisnes dan waktu saya minta izin Syeikh saya, dan kasyafnya syeikh dah cakap ini akan berlaku. Perempuan ini sangat emosi jadi mereka senang hasad. Dalam neraka pun sangat banyak perempuan. Kalau lelaki jarang hasad sebab mereka rasional.
 Cuma lelaki ni masalah satu je bila dia nak seseorang perempuan itu, mereka sanggup buat apa pun.

Macam saya selain dari sebab bisnes, saya kena juga guna-guna dan pengasih dari lelaki entah dari mana-mana. Cumanya sihir mereka tenggelam dari kuatnya sihir yang datang dari sebab bisnes.

Tapi ini cerita lama. Sekarang ini mereka ada lain tapi tak boleh masuk dalam diri sebab pendinding sangat kuat. Mereka main-main di luar je, datang dekat takut. Back up belakang kita ada syeikh saya, ustaz-ustaz yang masih sampai hari ini membantu saya. Alhamdulillah semua dengan izin Allah. Dan diri sendiri kena ada pendinding sangat kuat nak hadap hasad dan dengki orang.

Alhamdulillah sudah sihat sekarang, muka dah balik asal cumanya berat saja tak naik-naik lagi. Ada nak sponsor susu gemuk tak? Hahaha. Kalau perasan, saya banyak ke majlis zikir dan maulid, kan. Yes dulu memang saya banyak ke majlis-majlis seperti ini tapi bila bisnes saya jadi busy gila, akhirnya Allah datangkan ujian kepada saya supaya balik kembali kepada majlis dan jalan bersama ulama.

Oh ya setiap kali ke majlis zikir, muka saya akan jadi sangat cerah macam spotlight tau, sebab semua yang ada dekat saya waktu ini akan terbakar dan hangus. Mereka tidak tahan dan sebab itu mereka 'blah'.

Selepas baik dari sakit, Alhamdulillah Allah bagi sangat banyak. Dengan amalan yang kita amal untuk benteng diri, Allah bagi macam-macam. Kalau orang hasad dan benci kita, cakap belakang kita Allah bagi lintasan hati tahu. Orang main cara kotor, pakai susuk, pakai pelaris, ada kena santau dan sihir, Allah zahirkan dan bagi kita nampak. Orang yang berniat jahat dengan kita terang terang Allah buka depan kita supaya kita tak go further dengan mereka.

Begitulah, Allah ini baik. Allah bagi kita melebihi apa kita nak. Saya tak pernah balas orang yang buat saya bahkan mereka masih gigih sampai sekarang walaupun mereka sedang membakar duit mereka dan membakar diri sendiri. Mereka tak senang sampai sekarang, tak kaya sampai sekarang, tak bahagia sampai sekarang. Saya mendoakan mereka diberi hidayah, kesian dengan suami dan anak-anak mereka. Rezeki Allah luas, percayalah.

Bila mereka dah tak dapat serang saya sebab sakit, mereka serang orang yang berdekatan dengan saya terutamanya keluarga saya. Tetapi dengan sebab inilah kita lebih kuat beramal dan bantu keluarga kita. Bukan niat nak jadi perawat pun, tak nak pun.

Biasa je saya pasang radio kecil ruqyah itu sepanjang masa, tiba-tiba dia akan tutup sendiri. Kita buka lagi, dia akan tukar kepada lagu pula. Dan saya buka lagi, dia akan buat bunyi radio rosak pula. Bila saya di bilik air tingkat dua time maghrib dia akan datang dekat tingkap cakap, 

"Assalamualaikum Fara, bukalah pintu. Nak masuk, nak masuk."

Dia tak boleh masuk sebab rumah semua dah berpagar. Kalau ada izin kita baru boleh masuk. Waktu saya baca selawat dan wirid macam-macam akan datang menzahirkan diri bila Allah nak tunjuk supaya kita boleh mengelak dari terkena sihir lagi.

Waze memang dia selalu kacau, peralatan office memang dia selalu kacau. Actually keluarga saya orang bisnes dan masing masing ada pesaing, macam-macam yang datang tapi Alhamdulillah Allah selamatkan.

Jangan risau bagi mereka yang terkena sihir dan santau. Sihir pemisah suami isteri ke dll. Percayalah, satu masa benda ini semua akan expired dan pulang balik kepada tuannya. Akan makan diri mereka balik. Tugas kita hanya perlu beramal sahaja dan serahkan kebergantungan kepada Allah. Tiada siapa mampu bantu kita melainkan Allah. Ingat Allah dah janji, yang hak akan menang mengatasi yang batil. Biar orang buat kita jangan kita yang buat orang.

Yang jahat takkan senang selamanya dan yang baik takkan susah selamanya. Allah ada, Allah bersama anda, Rasulullah cintakan anda. Saya faham sakit dan perit anda, moga dengan sakit ini kita lebih rapat dan cintakan Rasulullah.

Syeikh saya pesan, bila orang buat jahat dengan kita biarkan. Itu akhlak mereka, biar mereka jawab sendiri dengan Allah. Akhlak kita tetap sentiasa kena berbuat baik dengan orang.

Sharelah kepada rakan anda, tag yang berkenan. Saya nak kongsikan amalan yang saya amal di post seterusnya. Moga bertebaran manfaat kita bersama untuk saham akhirat sana InsyaAllah.

Saya tahu post ini akan menerima berbagai reaksi tapi kepada Allah lah kita sandarkan segalanya dan berlindung. Yang tak pernah melalui tak akan faham.

Saya balikkan segalanya kepada Allah moga penulisan ini bermanfaat dan kita lebih berjaga-jaga. Ini baru sahaja mengenai hasad dengki orang, belum lagi tentang khianat, fitnah yang bertebaran. Saya tulis ini dengan air mata berguguran. Saya tidak ada apa apa yang menyebabkan anda sanggup hilang Tuhan.

Semua ini hanyalah ujian untuk dinaikkan maqam dan martabat kita bila kita sabar. Saya mendoakan mereka semua mendapat hidayah Allah dan bertaubat sebelum mati. - Syarifah Furaiha

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sRVMAv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rXbJ4s
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment