Sunday, 25 June 2017

'Beli Mee PERCUMA Ular!' - Pelajar Terkejut Ingatkan Taugeh Tapi Rupanya Anak Ular Dalam Mee


Kebersihan makanan selalunya amat dititik beratkan oleh kita. apabila makanan yang dibeli dicemari dengan benda asing seperti ulat sudah pasti akan menimbulkan perasaan terkejut dan marah. 

Inilah yang berlaku kepada seorang penuntut dari Universiti Guangxi di Nanning apabila mi pedas berkuah yang dibelinya mengandungi ular kecil! Menurut pelajar tersebut dia membeli dua bungkus mi pedas dari sebuah kedai di bandar Guangxi Zhuang dan memberi satu bungkus lagi kepada rakannya. 

"Ketika sedang menggaul mi dan sayur-sayuran, terkejut menemui ular kecil di dalam makanannya itu. Saya menjerit sehingga mengejutkan tiga orang pelajar di asrama."


Menurut laporan South China Morning Post, dia membuang makanan itu kerana bimbang tahap kebersihan makanan itu namun sempat merakam gambar ular tersebut dan dimuat naik di laman sosial. 

Gambar itu kemudiannya menjadi viral sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan. Selepas siasatan, pihak berkuasa telah menyerbu restoran yang menjual mi pedas tersebut dan mendapat tempat penyimpanan makanan tidak bersih. 

Restoran itu diarahkan tutup sementara waktu untuk melakukan kerja-kerja pembersihan restoran serta membaiki siling yang bocor. Mi pedas berkuah yang dimasak bersama siput merupakan makanan tempatan yang terkenal di daerah selatan China.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tKGiwa
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tL8FdK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment