Wednesday 21 June 2017

Lelaki Kongsi Pengalaman Seram Berniaga Di Bazar Ramadan


Pengalaman hari ini, berniaga di bazaar Ramadan. Seperti biasa jam 3.00 PM, aku sampai di tapak niaga bazaar Ramadan tempat aku berniaga. Alhamdulillah, hari-hari yang lepas niaga agak galak. Rezeki niaga dek kerana gaji dan bonus pengunjung bazaar.

Seperti biasa siap setup jam 3.45 PM dan mula nampak kelibat pengunjung sudah mula datang meninjau juadah berbuka. Aku berdoa agar rezeki hari ni juga barakah seperti hari semalam.

Jam lebih kurang 5.00 PM, ada seorang mamat datang dari selang dua tiga gerai dari gerai aku, perlahan saja dia berbisik:

“Abang tengok bawah meja, hari ini ada org mahu buat dajal. Main tabur barang pula, mahu bagi kita rugi…”

Aku selamba saja tengok bawah meja berniaga aku. Berderau darah aku bila terlihat serbuk putih hujung kaki meja niaga aku. Tetapi tempat orang berniaga di sebelah gerai aku lagi banyak. Peghhh.

Zaman teknologi dan Twitter ini masih ada orang main dan percaya bomoh segala? Peluh dan amarah aku mula melonjak, aku calitkan serbuk putih itu, cium baunya, memang sah kapur barus. Lahabau jahanam punya orang. Sebab mahu untung sanggup khianat pada orang lain.

Aku cuba tenang tetapi cara mahu mengaut keuntungan berniaga macam itu buat aku tidak boleh terima. Aku tidak tenang sekejap-sekejap, aku tengok serbuk putih di kaki meja itu. Apa aku mahu buat ini? Panik dan gabra mula menular di dalam kepala otak aku. Aku baca macam-macam ayat yang aku tahu. Minta simpang supaya janganlah sampai perniagaan aku hari ini bungkus.. Tidak puas hati, aku calit untuk kali kedua, cium bau dan memang sah kapur barus.

Aku suruh orang rumah aku tolong jagakan gerai. Aku ronda seluruh bazar mahu tengok berapa banyak kedai sudah kena dajjal. Bukan calang-calang orang ini main. Tiga suku gerai di bazar kena tabur kapur barus.

Aku pergi ke kedai orang lama, dia ini memang otai di bazar di sini. Gerai dia pun kena. Tetapi aku tengok muka dia selamba saja. Mungkin ilmu dia boleh tahan juga. Tengok cincin batu dia pun penuh di jari. Aku tawakal saja. Sudah banyak kuih dan lauk orang rumah aku buat hari ini. Maklumlah, BR1M sudah keluar.

Balik gerai saja, aku terdiam. Tidak sampai hati mahu cerita pada orang rumah. Sampailah jam 6.30 PM pun, sepatah habuk aku tidak cakap apa-apa. Berniaga pun sudah jadi hilang mood. Orang rumah aku uruskan berniaga. Alhamdulillah, rezeki masih memihak pada aku hari ini.

15 minit lagi mahu berbuka, datang seorang pegawai tiga paku dan anggotanya dari majlis perbandaran mahu periksa lesan dan bertanya khabar berniaga. Aku memang kenal dengan pegawai ini. Hati kecil aku berkata, cakap apa pun jadi, mesti beritahu dia yang orang taur barang di gerai-gerai di bazar ini.

Aku terus tarik tangan pegawai itu pergi ke belakang gerai. Tidak semena-mena, terpacul dari mulut aku:

“Tuan tahu tak ada serbuk putih..”

Belum sempat gua habis ayat, pegawai itu menjawab:
“Saya tahu..”

Bulat mata aku bila dia jawab dia tahu;

“Tujuan pihak majlis tabur serbuk itu untuk elak semut dan lalat. Ini eksperimen pertama, kalau okay, kami akan teruskan.”


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tNiwPy
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tsP1D2
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment